17 December 2012

perasaan

assalamualaikum...

apa khabar??hope sihat saja...

kali ni, aku nak straight to the point..ini pasal feeling..perasaan aku..arrghhh,aku rungsing dengan apa yang aku rasa sendiri..
ya...mybe aku yang cari masalah atau masalah yang datang sendiri pada aku yang boleh dikatakan sebagai ujian...

sebenarnya,ini tentang apa yang jadi pada aku sejak akhir-akhir ni..ia memang perlu diluahkan...sebab mybe takut jadi lebih teruk...

dua minggu ni,hari isnin mesti aku jumpa MR.R..nampak macam biasa je...tapi bagi aku,aku rasa ada yang tak kena...bila jumpa dia..aku rasa nak lari..
masa kat pasar hari tu, aku sanggup rempuh kawan dia semata-mata tak nak jumpa dia..why??apa yang tak kena pada kau qila..aku rempuh sebab aku baru kena suntik hari tu..sebab suntikan tu masih sakit aku tahankan je bila rempuh kawan dia..tapi biasalah isu rempuh bila kat pasar..normal la,macam tak pernah rempuh orang kat pasar even kat hypermarket mesti pernah..betul tak??
second, baru jadi tadi..aku nak print kat lab..aku sanggup pusing tawaf satu lab sebab tak nak bertembung dengan dia..aku sampai nak naikkan suara suruh kawan aku cepat naik tangga..tapi kenapa??aku macam serba salah...apa yang aku dah buat salah pada dia..lepas terserempak,..aku terus delete no dia..aku rasa macam tak penting je no dia...

mybe aku terasa sebab dia tak tegur aku lepas aku tegur dia..mungkin la itu sebab dia..or ada benda yang tak pasti dalam hati aku...
lega rasanya,bila dah terluah..cuma aku harap perasaan ni takkan jadi lebih mengarut..
dan aku harap dia cepat la keluar or habis kat melaka ni..tak sanggup nak jumpa dia...

rasa dah cukup kot apa yang aku nak kongsi..terima kasih,sudi membaca..
assalamualaikum

04 December 2012

KELAS MANDARIN

ASSALAMUALAIKUM
 
apa khabar??
sekarang ni, aku tengah lalui kelas minggu pertama..so,macam2 pengalaman aku jumpa dan aku rasa..
for this year, i'm taking 7 subject..that is:
 
BEL- bahasa inggeris..
CTU- pendidikan islam..tapi more to islamic economy la..
QMT- statistic
FIN-finance
BMD- b.mandarin la..
ECO- macro economic..last part amik micro so sekarang macro la pulak..
 
ok, done for the list..tapi , macam 1 je yang tak cukup kan..yang tu aku saja tinggalkan..itu kokurikolum..aku amik bomba, so, this sem ni kira last la nak amik koku tu...
 
emm, bertepatan dengan tajuk kat atas tu...
 
KELAS MANDARIN..
 
setiap minggu kami ada 2 kelas..so, for this week aku jumpa sekali je sebab kaki dia terkehel..
so, hari ni..baru aku jumpa dia...
kami panggil dia laoshi means teacher..
macam-macam belajar and it so happy...
dia suruh introduce kat depan...memang nervous tu tak payah la cite kan...memang tak boleh buat apa la kan..
 
dia suruh cakap benda ni...
 wo jiao aqilah..wo xihuan shangwang..wo zhi zhu jilangpo..
yang tak boleh blah yang last sekali.. wo hen piaoliang..malu siot..cantik ke aku??
 
maksud dia..
nama saya aqilah..saya suka online..saya tinggal di kuala lumpur..
yang last tu.. saya sangat cantik..itu yang buat aku gelak,heheheh...
 
then dia bagi buku mandarin..
ni dia..
 
so sudah la,cakap-cakap or taip-taip ni..
jumpa lagi..
assalamualaikum..

02 December 2012

Mintak Ruang Sikit!!

assalamualaikum..
apa khabar??dah lama rasanya tak menaip kat blog ni..
kusam sudah blog aku ni...

masa ni cepat je berlalu kan..sedar-sedar je dah penghujung bulan 12 dan sedar-sedar aku dah part 3 kat UITM LENDU ni..masa yang sungguh singkat kan...
cuti sem part 2,aku habiskan masa untuk bekerja saja..sampai tak sedar yang cuti dah habis..dan masuk balik ke melaka ni semula...

bulan ni,bulan 12..tak lama lagi umur aku akan masuk 19 secara solid la..kalau ikut tahun memang tak solid la kan..sebab tak ikut tarikh yang betul..
selepas je aku sambut umur aku yang 19 ni..aku terpaksa pulak nak istiharkan umur aku 20 tahun untuk tahun depan..aku rasa umur 19 tahun yang solid tu cuma 15 hari je..adui2...

tahun ni, tarikh lahir aku jatuh pada hari jumaat so, antara nak atau tak balik je..hati kata ya, aku nak balik..tapi U ni kata apa?? U kata CIK AQILAH HAMID tak boleh balik kalau ada event..aduhai,lemah je dengar..aku yakin, tahun ni aku sambut bfday sorang2..

walaupun family aku sendiri pun, jarang celebrate bfday aku sendiri..tapi aku tetap jugak nak stay dengan dieorang..aku nak cakap kat mak aku..

"UMUR KAKAK DAH 19 TAHUN..APA YANG MAK NAK DARI KAKAK??"

masa tu, mak aku mesti cakap..

"KAKAK BELAJAR LAH RAJIN-RAJIN.. JAGA DIRI ELOK-ELOK"

itu je lah jawapan yang mampu aku agak..lain-lain tu..tak tahu lah pulak..kalau mak kita mintak suruh kahwin la pulak,hehehhe...aduhai,sakit je bila dengar..hihihihi

macam sem yang lain,aku harap sangat sem ni..dapat usaha supaya aku dapat DL mybe..
cakap pasal result..part 2 punya result sama je dgn part 1..naik 0.2 je..
tak apa lah,bersyukur dengan apa ynag ada..betul tak??
apa pun sem ni ramai kata senang..so,aku nak usaha betul2..walaupun, penat..aku tak kisah la...

berkobar-kobar pulak post kali ni...

last word, emm, aku harap sem ni..aku mampu buat yang terbaik..dan aku harap aku mapu teruskan hidup aku..dengan sennyuman macam ni...

assalamualaikumm...

06 November 2012

BUDAK COMEL!!!

ASSALAMULAIKUM,...

apa khabar orang di sana..sihat ke? walau siapa pun dekat sana harap sihat la ye...tidur cukup..jangan jadi macam aku..dah jadi zombi pun ya jugak sebab beberapa hari ni..aku kerja dari pukul 9 pagi hingga 10.30 malam..
bayangkan je la,aku tidur berapa lama..cuba teka..kerja dah la 13 jam lebih kurang..1 hari ada 24 jam.. tolak tambah semua masa untuk tido ada lagi 11 jam..tapi itu bukan tidur pure punya taw..tolak lagi masa aku main game dengan makan.. jadi 2 jam.. so tinggal 8 jam..dalam 8 jam tu mesti aku akan ada masalah untuk tidur punya sebab akan ada gangguan yang biasa macam mesej la..sebab ada seseorang ni suka sangat mesej aku pukul 1 pagi..and telefon aku sampai 10 kali..konon nak testing call la sangat,.nak tahu aku dah tido ke belom..selagi tak angkat selagi tu lah dia kol sampai dia penat...
disebabkan orang yang macam itu lah aku jadi tak cukup tidur...aku sebenarnya, tak nak salahkan dia..tapi iye lah rasa tak selesa bila dia buat macam tu...
nasib bailklah datang kerja mata tak merah..cuma sembab..jadi rasa tak selesa lah pulak tengok muka sendiri..

merewang pulak dia ke tempat lain pulak sampai lupa tajuk untuk post kali ini..post kali ni, aku nak cakap pasal budak comel..ada sorang budak ni sangat comel..aku tak sempat nak ambil gambar dia..tapi dia sangat la comel.. mata bulat kulit putih..gebu..yang dapat aku anggar kan umur budak tu 2 tahun kot...sebab dia duduk pun masih tak stable lagi..ke depan kebelakang..budak tu pakistan kot..sebab mak dia muka ala-ala pakistan je...
sumpah comel sangat..
emm,aku bagi pic yang seakan muka budak tu je lah..boleh jugakkan..walaupun,mata aku sparrow..aku tetap nak show of muka budak tu..ni ha, atas ni..tapi mata baby tu lagi bulat besar,..pastu nampak 2 batang gigi dia yang baru tumbuh..pipi dia naik lagi..haish..comel sangat..

budak tu kan suka sangat usik barang orang..semua barang dia ambik..barang aku macam dompet, bedak, dengan handset...semua dia nak pegang..nak tengok la...aku senyum je kat dia..dia pandang je aku,rasa macam dah jatuh cinta la pulak..lepas aku senyum dekat dia..dia asyik senyum je kat aku..pandang je aku..dia ambik sejadah aku..dia renyukkan..aku gelang-geleng je..bila nak ambil air wudu' dia ikut aku..jengah aku ambil air wudu'.. serius sangat sweet...masa aku nak solat..mak dia dah habis solat..lepastu, mak dia say sorry sebab anak dia kacau aku..mak dia cakap..baby tu memang suka main barang-barang lagi la dompet..sampai mak dia soraok dompet bawak tikar..haishhh, bayang kan je la..
comel-comel nape la buat umi macam tu..
budak-budak memang takkan faham apa yang kita rasa tapi dia boleh dapat rasa apa yang kita rasa walaupun tak faham..haishh,ayat putar belit pulak..mesti korang tak faham kan??tak pe lah...
kalau dapat jumpa budak tu,aku nak dukung dia..teringin sangat..
cukup sampai di sini,aku menaip..sekian..

assalamualaikum..

03 November 2012

Kahwin OHH kahwin

assalamualaikum...
apa khabar?dah lama rasanya tak menaip...
kejang la pulak dah tangan ni kan..al maklum lahh cuti sem..menulis and segala assigment pun bercuti jugak..

hari ni, aku nak cakap pasal kahwin..tahun ni,ramai kawan aku nak kahwin... 3orang budak aku nak kahwin 2 budak nak tunang,ramai kan...
itu yang buat aku nak cerita pasal benda ni dan dalam masa yang sama aku sedar yang aku patut di kategorikan sebagai usia untuk fikir pasal kahwin or relationship yang halal,,..cuma ye lah..jodoh masing-masing bila masa je boleh datang..untuk aku, aku tak jumpa lagi..
aku akui ada peneman ni seronok..boleh bahagiakan kita..boleh dengar masalah kita..
cuma untuk aku bagi komitmen atas bab kawin tu belum sampai lagi la kan...
sebab bagi aku komitmen di atas hubungan sangat penting kalau tak ada habis la..
komitmen la buat kita lebih paham and ada untuk dia ada di masa dia perlu kan..

memang betul orang dulu-dulu buat untuk anak dia..jodohkan mereka dan biarkan mereka bercinta selepas nikah..dari cara tu, kita tak perlu lah hipokrit macam orang couple...
sebab duduk dah sebumbung, tidur pun dah sekatil sebantal..apa lagi..perkongsian yang buat kita dan dia lebih memahami..sifat ingin tahu tu akan buat kita lebih erat..
kalau keadaan rumah kau tonggang langgang macam mana pun korang dah suami isteri..itu je,nak sentuh apa pun dah tak ada siap peduli..
melalut sudah aku ni..tu lah, pasal bab kahwin ni, aku bukan mahir pun..sebab calon and suami pun tak ada lagi..
aku masih tetap menunggu dia..dia yang di situ..3 tahun yang lepas aku dan hati aku masih ada perasaan yang sama..kesal tu,memang ada sebab terjatuh cinta dalam keadaan macam tu..

untuk akmal faiz: saya dah sorok perasaan ni..mungkin sorok sebab saya dah sorok nama awak dengan macam-macam gelaran or kod rahsia..moshi la, ape la..sampai lah ada budak tu panggil saya kak moshi buat saya stop..sebab saya jadi rindu sangat bila dengar perkataan moshi..dari perasaan yang tenang terus tak tentu arah.. saya letakkan awak agar ALLAH sentiasa lindungi awak..sebab awak tak pernah kenal saya..kadang-kadang saya terasa dekat je dengan awk..tapi macam tak mungkin je untuk kita jumpa kan..
ramai nak kahwin akhir-akhir ni..dan andai di takdirkan awak salah sorang darinya saya redha cuma harap awak jadi suami yang baik..saya tahu awak penyabar, memahami dan caring..bimbinglah pasangan awak elok-elok,k..i thing, u know how treat someone special like ur girl...

so,siapa yang dah jadi suami isteri jagalah perasaan masing-masing..bagi yang bakal ni,aku tahu korang ni darah manis..jagalah diri tu ya jangan sampai jadi apa..so take care and wish happy until jannah...

assalamualaikum..

26 October 2012

MARAH SAMPAI MENCARUT???

assalamualaikum..

apa khabar??
first sekali aku nak sangat ucap selamat hari raya aidiladha..especially untuk somebody yang dah balik kampung tu..hati-hati kat kampung..and kalau balik esok mesti sampai lambat sebab jam so, bila jam jangan marah-marah..apa pun hati-hati k..pesanan sebagai seorang yang invisible..

ok..topik untuk post kali ni mengenai marah..setiap orang ada tahap amuk..or tahap meletup marah dia..

 aku nak cakap pasal sikap orang bila dia tengah marah..
orang kata..marah ni akan jadi bila kita tak puas hati or masa tu syaitan duk merasuk dalam otak kata yang kau marah je dia..sebab dia la kau macam ni la..macam tu la..
bila otak dah bercelaru mula lah darah mendidih..keluar ayat yang bukan-bukan

ok la, sekarang ni aku nak persoalkan sesuatu..kenapa bila orang tengah marah dia akan mencarut?apa function dia?boleh redakan marah ke?tak rasa malu ke sebut perkataan macam tu?
contoh yang selalu aku dengar bila orang tengah marah ialah F,P,L,B,S,MF...banyak sangat la..tak boleh senaraikan..lagipun aku geli la nak sebut ayat yang mencarut ni..aku akui aku pun pernah mencarut tapi tahap ayat S je la..itu pun boleh kira dengan jari bila aku sebut..aku pun nak tahu jugak budaya mencarut ni datang dari siapa..

aku rasa kalau orang tu jenis yang tak mencarut atau tak tahu ayat mencarut mesti dia takkan sebut perkataan bukan-bukan or simbol yang bukan-bukan bila dia marah..
bukan nak kata apa. kadang-kadang tu ada yang tua pun mencarut jugak..pernah sekali ada budak saja-saja mencarut..aku sampai nak tutup telinga sebab tak mampu nak tahan da dengan ayat dia..

lagi satu,marah tu tak elok..boleh bawak sakit jantung je..karang sia-sia je hidup..
kalau sakit hati pun, cakap la elok..or marah saja tapi tak payah keluar ayat macam tu..

pernah waktu dulu..aku tanya kawan aku yang boleh tak kalau marah jangan sampai nak mencarut..dia jawab yang mencarut tu cuma penyedap hati je..biar puas..kalau tak mencarut rasa hati tak tenang..
sampai macam tu sekali..
kadang-kadang perempuan pun mencarut..lelaki apatah lagi..
sudah-sudah la mencarut, apa yang korang cakap mencerminkan diri korang..tak ada faedah pun kalau nak mencarut..lagipun,tak dapat apa-apa dengan mencarut...tak dapat duit pun..yang dapat cuma sakit hati or menambahkan sakit kat hati orang yang mendengar..

mesej yang terakhir, mulut ni memang sedap bercakap..tapi azabnya..faham la sendiri...

wassalam

24 October 2012

MENIPU DALAM MEMINTA

assalamualaikum..
apa khabar??selamat menyambut raya haji or raya aidiladha..

untuk post kali ni,aku nak cakap pasal menipu dalam meminta...apa yang aku nak cakap sekarang ni adalah dia meminta barang or bantuan keewangan la senang cerita tapi nak menipu...
aku tahu zaman sekarang ni semua nak duit..sampai nak ke tandas pun nak duit...aku pun tahu pasal tu..
tapi yang tak tahan tu tergamak untuk menipu..apa kes??
adakah kedesakan untuk teruskan hidup...
atau saja nak menambahkan harta yang sedia ada yang banyak..

perkara ni sebenarnya akan buat orang di bawah or tak berharta ni akan bertambah miskin,..dan orang kaya akan bertambah kaya...
semua tu macam dah lumrah hidup..
aku cakap pasal benda ni sebab aku yang kena..tentang apa tu..biar lah rahsia..

tapi pesanan terakhir adalah..
if nak mintak bantuan pliz jangan menipu..kang rasa macam duit tu hilang je..tak cukup-cukup...

wassalam..

23 October 2012

BUAT CERITA SENDIRI..

assalamualaikum...

apa khabar?em,dah lama tak mnaip..rasa rindu pulak dngan blg ni...hhehh

kali ni, aku nak cakap pasal buat crita sendiri...apa maksud tntang buat cerita sendiri er...
apa yang aku maksudkan buat cerita diri sndiri...tak kisah la cerpen ke...
novel ke, mesti macam-macam dugaan yang datang...
salah satu darinya adalah ingatan kita pada masa silam..dan apa yang kita duga untuk masa akan datang..aku tahu ianya tersangat la susah..sebab kadang-kadang sekecil perkara dalam khidupan kita masa lpas mampu buat orang lain ketawa..atau mungkin menangis teresak..
untuk masa akan datang, mesti kita akan ada masalah untuk tntukan apa yang ssuai dan mnarik..
kadang-kadang kita cuba nak buat ending yang menyebelahi kita tapi hakikatnya pada masa akan datang..
tak ada siapa yang akan tahu..
cuma ia hanya apa yang kita harapkan untuk masa hadapan..

untuk aku,aku akan buat benda itu seperti mana yang aku impikan untuk terjadi..bunyi agak kterlaluan tapi hakikatnya,aku mngharap..itu je..uhuk...
kalau apa yang aku rancang pada masa dpan itu btul-btul terjadi..aku tak akan buat apa yang seperti cerita yang aku buat walaupun itu impian aku...atau apa yang aku tringin nak buat..
sebabnya, aku tak tahu apa yang aku buat akan berakhir seperti cerita atau tidak..
so, aku memilih untuk rasa sakit.rasa pahit dan pdih...
aku pun tahu aku tak nak rasa macam tu..tapi itu smua akan jadi cuma tak tahu bila...
sakit,pedih itu adalah dugaan..bahagia dngan orang yang trsayang itu adalah anugerah..
kesakitan hanya smentara..kbahagiaan yang kita rasa skarang bermula dengan derita pada masa dulu..

wassalam

14 October 2012

BERSALAM DENGAN ORANG TERTENTU??

assalamualaikum...
apa khabar??dah lama rasanya tak menaip..dah kelu dah jari jemari kita ni tahu...

so, kita straight to the point la kan..tak de masa la pulek nak berbunga-bunga sakura ke, mawar ke atau ros la..
hari tu,aku balik rumah and aku terdengar sesuatu perkara yang wat aku wahhh macam ni ke???ekh,sampai macam tu sekali??aku sendiri tak terfikir...
jadi dari apa yang aku dengar tu nak la di ketengahkan..bukan nak memerli tapi hanya menegur..
tak salahkan??
dari apa yang aku dengar...seseorang ni kata dia pergi ke surau, kira rumah allah tempat suci bersih.. selepas seseorang ni selesai berjemaah dan ceramah bagai..
so, kira sekarang nak beransur keluar..kira nya,mesti lah bersalam-salaman untuk mengerat silaturrahim..
sesuatu yang mengejut telah berlaku.. nak tahu apa??

mereka ini bersalam dengan orang yang berjambang sahaja..kenapa mereka perlu begitu??kenapa mereka perlu bersalam dengan orang tertentu..kebetulan pada ketika itu seseorang itu tidak berjambang..jadi dirinya tidak di salam dan tak bersalam..itu berdasarkan apa yang aku dengar..

dan baru-baru ini..seseorang ni telah tumbuh jambang..kira ada janggut la ni..dia pun pergi berjemaah solat isyak dan magrib..selesai dari itu..biasalah..mereka bersalaman..
sekali lagi terkejut..dirinya di salam oleh orang surau...dalam fikiran orang itu,ape yang telah terjadi??
kenapa perlu begitu..kenapa perlu memilih dan di pilih??
perlu ke saudara sesama islam menjadi begitu...memang..berjanggut itu sunnah..tapi perlu ke di bawa sehingga ke arah kasta darjat...
selepas dari itu,demi menjaga silaturrahim..kerana seseorang ini adalah orang baru di kawasan itu..kiranya nak mengertkan silaturrahim..terpaksalah berjanggut..
ya allah,harap mereka sedar..apa yang telah mereka lakukan ini telah sampai ke satu perkara yang tidak patut...

sekian wassalam

12 September 2012

TAK TEGUR

assalamualaikum...

ape khabar???suma sihat??hope semua happy la ye..
post kali ni..aku nak cakap pasal tak tegur..
ape yng aku tak tegur sebenarnya...

ini bermula kes ari tu..or lama-lama la..
die adik kepada kawan kepada kawan aku..aku memang kenal dari part 1, itu pun sebab aku tegur dia..
yela,asyik borak kat fb tapi tak jumpa orang kan..itu lah kali pertama dan last aku tegur..
selepas dari hari tu, aku jumpa dia..aku hanya mampu tunduk muka je,..

satu hari,masa tu dekat pasar aku jalan sebelah dia je kot..dia tegur seseorang, masa tu aku ingat aku je la..rupanya budak sebelah aku..arrgghhh,sangat malu..
sejak dari tu, aku tak tegur langsung pun dia..aku takut nak tegur..

dan sejak akhir2 ni aku rajin jumpa dia..aku tak tahu apa aku nak buat..aku takut untuk di label sombong..tapi itulah hakikatnya,aku taknak nampak aku yang syok sangat tegur dia..memandangkan abang dia and kawan aku dah tak berapa nak "FRIEND" sangat..aku jadi bertambah malas..

minggu ni, aku dah 2 kali jumpa die..hari isnin kat kawasan kelas block B..aku salah tingkat kelas..masa tu, aku cari kelas...jalan punya jalan..aku nampak someone keluar dari toilet..aku rabun tak la nampak sangat..lama-lama aku nampak la bayang muka dia..aku terkejut..sebab dia ke arah aku..jadi solutionnya adalah pandang jam..aku pandang jam lama-lama sampai die masuk kelas dia..aku tak tahu kenapa..aku boleh jadi macam tu..masa tu dia pakai baju kelabu..aku ada gak jalan-jalan jeling kelas dia..tapi aku tak berani nak pandang muka dia..sebab kawan die yang dah pandang aku dulu..

tadi,hari rabu..aku keluar dari surau,..aku tak assume langsung pun itu dia..sebab aku pandang and nampak kawan dia je..aku terus membuta diri aku dengan betulkan jela tali kasut..
entah kenapa masa macam lambat sangat nak berlalu, aku dah habis repair kasut pun dia tak lalu depan aku lagi.masa dia lalu tu la,aku baru perasan itu die..ya allah, aku rasa macam apa tak kena dengan aku sebenarnya..napa aku rasa macam tak nak tegur orang..aku bukan sombong??

malu ke aku ni??

masalahnya bukan dia je..tapi orang lain pun terlibat..
cuma tak ketara..mybe masalah dia laki kot..buat aku malas nak amik port..
pape pun, aku harap aku tak jumpa dia lagi sebab.. aku tak tahu nak buat reaksi apa depan die lagi..
kalau die dah lupakan aku tak pe..tapi kalau die ingat dan anggap aku sombong macam mana??

dahh laa..makin fikir makin penat aku..
pape pun, 
assalamulaikum

09 September 2012

HAKIKAT KESUNYIAN

assalamualaikum...

ape khabar??terasa macam dah lama je, aku tak taip blog ni..
untuk kali ni, aku nak bawak ke dalam hati aku..
hakikat yang aku rasa selama ni dan aku biarkan je..

dulu, aku jumpa dia dan terus cintakan dia untuk kali pertama dalam hidup aku..
jumpa seminggu sekali..itu lah dating aku untuk waktu itu..hanya di pusat tusyen KASTURI...
tapi itu semua dah berlalu...aku terus bawak perasaan aku..berharap supaya perasaan itu akan terus tetap di hati aku..sebab bukan mudah untuk aku jatuh cinta sebegini rupa..

sunyi??ape itu sunyi??
dulu, masa aku pra- diploma..kawan aku cakap sendiri kata kat aku..
"QILA, KAU SEBENARNYA SUNYI!!TERIMALAH!!!"
aku mapu senyum dan pergi..akhirnya aku menangis sendiri..aku masih ada ALLAH disisi aku..
kerana dia, bila aku rindu aku akan ingat pada dia..supaya jaga dia..
sehinggalah sekarang..dia sentiasa ada dalam doa aku..

sampai sekarang aku tak boleh terima hakikat yang aku sunyi..bukan senang untuk kita dalam keadaan perasaan syok sendiri..untuk terima,yang kau takkan jumpa dia lagi..
sehinggalah suatu perkara yang berlaku pada keluarga aku pada saat ini..
kesempitan hidup..konflik..tekanan yang kalau diri sendiri tak matang..boleh jadi gila..
masa ni lah, aku mencari apa yang aku biasa cari..ALLAH..
berharap agar ini akan reda..
tapi aku juga manusia..
aku juga nak luahkan pada sesama manusia..aku perlukan kekuatan yang memegang aku..
masa ni, kenangan lama..cinta lama..cinta pandang pertama aku..

aku berharap, kalau la dia ada di sisi aku..
kalau la dia jadi kawan aku..kalau lah dia boleh ada disisi aku..hanya untuk saat ini...
melihat dia senyum dia cukup untuk aku..hanya senyuman di depan ku..hanya untuk aku...
bagi aku semangat untuk ujian ini..orang semua tengok aku happy dan dengar aku cakap..
"TAK APA, AKU OK JE"
"AKU DAH REDHA KAN, RELAX LA"
"AKU SABAR JE, MYBE SEMUA NI AKAN BERAKHIR"

tapi hakikat dalam hati aku, bila orang buat macam tu adalah 1..
"TERLUKA"
bila dah sakit, aku akan cari seseorang untuk luahkan..tapi siapa yang nak dengar..
jadi, hanya menatap gambar dia je..itu je, yang buat aku sabar dan tenang..

senyuman dia yang mampu buat aku tenang..tapi bila tengok kawan dia yang ada di sekeliling aku..buat aku rasa untuk patut ke aku biarkan semua ni..biarkan ia dalam hati..aku tahu, 1 hari nanti pasti akan terbongkar..samapai bila untuk aku simpan..dan sampai bila untuk aku terus berpura-pura..
kata yang,
"AKU TAK KENAL DIA, AKU JUMPA GAMBAR NI..AKU RASA COMEL, AKU AMBIK LAH"
OR
"AKU RASA RINDU WEHH, AKU TAK MAMPU JUMPA DIA LAGI,TAK SALAHKAN KALAU AKU AMIK 1 GAMBAR DIA.. DAN TENGOK FB DIA BEBERAPA KALI SEMINGGU UNTUK TAHU KEADAAN DIA(jawapan untuk kawan aku)"

nampak sangat terdesak,,huhhh..
 tak ape lah,.aishhh, aku ni..
tengok,dah layan perasaan dahhh..aku ni..macam dah lari topik je..ialah lagu jiwang dengan post jiwang..
satu je yang aku mampu kata...
ok2...aku nak stop dari layan perasaan macam ni..macam aku ni tak cukup iman la pulak...
assalamualaikum...

24 August 2012

Selamat HARI Raya

assalamualaikum..

ape khabar??
di sempena hari raya ni..aku nak wishh..selamat hari raya..
semua orang mesti sibuk sangat nak beraya...bagi yang raya sakan tu beringat lah pada orang lain ye..jangan lupa..dan sesekali lupa..
mesti baju raya macam-macam warna..
ade merah, biru, hijau la..bagai-bagai ada..

bagi family aku,tahun ni..warna kelabu je..biasanya tiap-tiap tahun biru..so tahun ni tukar taste..
bagi yang menikmati terus kan..bagi yang tak macam aku or tak feeling apa-apa..teruskan wat tak tahu je pasal raya tahun ni..

tahun ni or setiap tahun yang ada perkataan raya mesti kampung aku akan buat marhaban..tahun ni,aku pergi  belah belakang kampung aku sampai ke tengah je..yang belah tengah ke depan tu aku malas..
nampak tak betapa aku tak rai raya tahun ni...bagi kampung lain yang berketurunan jawa..mesti ada marahaban or dieorang panggil bara'an..cuma ramai tak ramai je..
kalau nak tahu..1 kampung tu, semua sedara aku..cuma 2 0r 3 je yang bukan..ramai tak...heheeh..walaupun, 1 kampung tu semua sedara aku..kiteorang just beraya rumah dieorang melalui marhaban je...tak personal ke rumah tu sebab banyak rumah..penat wooo...

apa-apa pun..korang nikmati la raya korang selagi termampu,k..
assalamualaikum

07 August 2012

RAMADHAN aku...

ASSALAMUALAIKUM...
ape khabar??harap sumua orang sihat dan masih berpuasa sampai hari ni..bagi yang ABC..nikmatilah cuti anda tapi jangan lupa lak bayar erk???jangan wat lupa lak..

sepanjang aku hidup 19 tahun,aku rasa 19 kali hidup di bulan ramadhan...masa aku kecik dulu dan sekarang..aku ingat lagi..masa first sekali aku puasa,masa tu umur aku 8 tahun kot..aku rasa penat sangat.waktu tu dah petang..aku balik lah rumah..aku tak tahu napa aku pegi ketuk pintu tapi tak de orang..lama-lama aku fikir..baru aku ingat mak aku hilang..ayah aku pun tak de kat rumah..aku pegi menangis sampai kat jiran sebelah..aku pegi rumah jiran sebelah..aku cakap mak tinggalkan aku..aku ingat lagi ayat yang aku cakap kat jiran aku..

'cik liza,mak kita tinggalkan kita..mak kita taknak kita..mana mak kita???mak tak sayang kita??"

aku tal tahu kenapa ayat tu boleh kuar..mybe sebab aku dapat adik baru..nama dia azam..aku rasa tersisih kot..ye lah,aku sorang je perempuan dalam family aku..
makcik jiran aku pun,nak bagi aku tak menangis..die bawak aku ronda-ronda jalan kawasan perumahan aku..lepas jalan-jalan aku tak ingat ape aku buat tiba-tiba aku sampai kat rumah makcik yang jual maruku..rupanya mak aku kat situ..aku pegi peluk mak aku..dengan tangisan..melalak bagai..itulah peristiwa yang aku paling tak boleh lupa untuk ramadhan pertama aku..

lama-lama tu aku pun ok la..puasa..ade sekali tu aku puasa..gara-gara tak tahan aku pegi minum air paip..sebab terlalu haus sangat..
lepastu,peristiwa masa aku darjah 4..aku main dengan adik aku..ala,dalam pukul 4 macam tu..masa tu,tak silap aku..aku ternampak budak laki jiran sebelah..aku rasa sangat la takot..budak jiran sebelah tu budak kelas aku...gara-gara aku berlari..muka aku terkne tepi pintu..mulut aku pun berdarah..aku menangis melalak semua..mak aku cakap dah pegi makan sana..sakit-sakit tu mak aku bagi aku makan nasi dengan telur kicap..nikmat taww...

makin lama,ramadhan aku menjadi lebih tabah..takde la bukak puasa ni lagi..or curi minum or makan..
tapi,sebelum aku masuk U,aku selalu buat kuih cara..bukan kuih raya..sebab rumah aku..kuih tunjuk je..tengok-tengok dah siap da..tak payah penat..


sem ni,sem kedua aku..so,aku larikan diri aku untuk buat kuih cara aku..aku memang suka buat kuih tu..kat sini aku nak tunjuk la sikit kuih aku tu,heheh..boleh tak??bukan nak promo taw..just saje2 je..

yang ni dah siap punya..aku punya biasa je..sebab last minit punya buat..emm,ok la...
sampai sini je lah aku merepek...
assalamualaikum..

06 August 2012

TIDAK!!CHICKEN POX??

assalamualaikum...

ape khabar??sihat tak??aku dah lama aku tak tulis pape post kat blog ni..macam-macam sarang je..cuma satu sarang je tak de sarang lembu..hehehe..

aku sekarang sangat sibuk dengan assigment yang serius sangat la banyak dan sebenarnya aku memang dah plan nak post tapi lupa....aarrrgghhh,tensionn siakk..
dan aku tak sempat nak cover chapter lagi..test sane sini..
aku tengah cari jalan terbaik..macam mana nak cover semua chapter dengan jaya nya...
macam mana erk??ade solution tak??

erm??masalah ni berpunca dari tajuk di atas..chicken pox di atas tu la...
yang buat aku cuti 2minggu lebih..
dengan tak sempat rehat..mak aku lak kena chicken pox pulak 2..kalau dah tua kena chicken pox memang susah...
pape hal jadi sikit pun..dah kena pegi hospital..
aku pulak baru start kelas seminggu la..kire kelas kenal lectrur and belajar bab 1 la..

satu hari tu...tanpa di duga badan aku ada bebola berair..aku tak fikir langsung pasal chicken pox ke ape ke just fikir kudis..aku perasan hari jumaat..lepas perasan tu aku kena migrain sampai ari ahad..aku tanya kawan aku ini apa..almaklum la,tak tahu pape tentang penyakit sekali seumur hidup ni kan..
bila tanya,die orang kata chicken pox ni..mula la,dieorang lari..serius..aku sangat sedih..disebabkan aku nak MC kat UITM,aku tahankan sakit aku sampai hari isnin..
selama 3 hari aku tahan migrain,panas badan..aku sampai tak leh tido..aku terpaksa tapi tak rela..hari isnin family aku datang..
masa tu muka aku dah macam buah mengkudu..menggurutu gila la...
ni ha,tengok sikit..aku taknak tunjuk 1 muka sebab malu la pulak...

aku balik rumah semua adik beradik aku pun kena...parah gila la..
kiteorang ni sebenarnya tak tahu langsung pasal chicken pox..so,ape pun..aku meredhai je la dengan ape yang jadi kan..
masa balik tu,aku bawak la buku sikit sebab takot tak dapat nak jawab test ke ape kan???
niat dah betul..tapi buat tu tak lagi la..

dalam masa 2 minggu tu,nak kata aku pantang tu tak la..tapi ade 1 fav chicken pop yg aku suka tengok..orang kata ibu dia..
nie,ha..tengok laaa...
hehehhe,geram kan???ni masa nanah...
tak sangka kan aku ni menjijikkan...aduhai...

em,ok la..tak tahu la nak cite ape...
assalamualaikummm

22 June 2012

appreciate for someone & comment for someone

assalamualaikum...
ape khabar???sihat????ade sape yang belum makan???
ha,mohhh pegi makan sana..jangan pandang screen je..tahu dah mabuk berfb tapi perut anda tu perlu di jaga taw...jangan sampai gastrik...tak elok..

based on tajuk..ape lagi la,aku nak merepek lagi ni..aku bukan nak merepek tapi aku nak hargai atau rasa menumpang rasa bahagia...bahagia ape yang aku nak maksudkan adalah hidayah dia dapat keatas die..
maksud aku hidayah tu yang buat die berubah..

first aku nak cakap pasal kawan aku sorang ni masa kecik dulu mesti gaduh macam anjing dengan kucing taw...kalau jumpa mesti bentengkar mulut..

kira masa kecik dulu memang aku tak suka dia la..walaupun,tak suka..aku still terkenang sampai sekarang...sebab masa kecik-kecik macam benda aku dapat...aku dapat gaduh dengan dia..aku dapat gaduh dengan dia rasa nikmat zaman kanak-kanak..tak tahu napa aku rindu masa kiteorang bertekak,benda yang paling die suka kutuk adalah nama bapak..dan gara-gara nama bapak la..gelaran tu jadi melekat sampai sekarang..die dengan si CAMEL dan aku si HELMET..
denagn gaya dia sekarang takkan nampak sape die pada masa dulu,memang jauh beza,..aku bersyukur sebab die berubah..benda atau kata yang die yang pernah cakap kat aku..yang aku masih simpan adalah tentang rambut aku...die kata macam ni..

'wei,qila...kau ni rambut pendek macam lelaki la..cuba rambut panjang macam perempuan..cantik sikit'

itu la,kata-kata aku simpan..yang aku cuba buat..tapi aku tak boleh..nak tahu kenapa..sebab aku ada sakit..kalau rambat panjang sakit aku datang..tapi aku cuba kotakan..tapi sorry aku tak boleh kotakan lagi sekarang..masa kecik mybe boleh sebab aku belum baligh tapi sekarang selagi kau bukan suami aku..kau takkan boleh melihat aurat aku..

walau ape pun,kau sahabat lama aku..aku bahagia melihat perubahan kau kearah baik..aku bersyukur kehadrat ALLAH sebab bagi kau hidayah..tak tahu la bila aku kan..kau pun dah jadi anak wayang..jangan lupa diri ye...kau pun dah maafkan salah dan silap aku masa dulu..terima kasih..


bagi someone ni(lagi sorang)..aku kenal dia dengan begini dan begini..aku tak kenal dia sangat die cuma...
cinta pandang pertama mungkin la..
aku kenal dia sekadar di mana dia bermula di situ akhirnya pertemuan aku dengan dia..tempat yang aku akan hilang bayang die buat selamanya..
dah2 cukup puisi lama..itu kisah pusi cinta form 5 ko..dah lame terkubur pun...

kali pertama aku kenal..wajah innoncent tak nampak pun budak yang jahat..aku tahu die punya muka buku..twetter pun..bukan bersikap syko..tapi setiap kali aku lari..pasti ade jalan yang menghadap kearah kau yang akan terbuka luas..aku tak nak cakap tentang perasaan..sebab aku tahu aku akan kalah..

siapa kau dulu dan sekarang tak sama..kau masuk dalam kalangan orang yang sosial dan agak baran..aku sentiasa terfikir kalau kau akan lupa diri..aku mahu kau jadi lelaki yang soleh..walaupun kau belajar di institusi arkitek yang GAH di malaysia...yang nama U itu begitu GAH di MATA orang lain..sehingga orang lain perlu GAGAH untuk menyara diri untuk terus belajar kat situ..siapa aku untuk menilai kau..tapi cukup penglihatan aku dari kelakuan...

wahai,awak..jagalah diri..ingat agama..saya tahu iman di hati saya tak sekuat mana...tapi awak adalah imam kepada keluarga..jangan lupa diri ye..saya mohon...saya tak nak awak tersungkur di kaki NERAKA..kalau ditakdirkan berjumpa..saya nak awak jadi suami saya di SYURGA..kalau ditakdirkan jodoh saya nak awak bimbing saya...

itu la,yang aku nak sangat sampai pada dia..aku tahu,sapa aku di mata dia..tapi berkat doa dan harapan aku..aku harap dia jadi insan yang tak lupa pada agama..tak mencarut..itu yang aku harap sangat..aku tak nak lagi dengar ko sebut the F word OR B word..i know u are really talented person..that why i hope care your attitude and your RELIGION,that is really IMPORTANT..harap jaga kesihatan..aku mampu bercakap melalui sini..sebab aku hanya peminat di masa lalu kau...untuk masa sekarang aku takkan berani jamin...sebab aku cuba untuk lupa engkau...

sudah cukup sampai disini..pesanan aku pada dua insan yang aku bangga dan aku ingin dia berubah menjadi lebih baik..kalau allah utuskan untuk dia baca post ini..aku rasa sungguh bersyukur..bukan niat untuk menghina..sekadar ingin menegur
wassalamm...

19 June 2012

KUrsus perkahwinan

assalamualaikum...
ap kkhabar???sihat tak???hari ni aku tak sihat la...demam sakit kepala...
gara-gara pak ajinamoto yang terlampau..bagi orang lain mybe ok kot...sebab aku ni lemah sikit bab2 ajinamoto ni...mabuk la...sakit kepala la...macam-macam masalah ade la...

emmm,ok...back to the topic...kursus kawin...hari tu member aku bagi risalah pasal kursus kahwin..tu yang nak post hari ni...heheheh....
benda ni akan berlangsung next weekk..so tu somebody yang nak pergi boleh pergi...tapi syaratnya adalah mesti warga UITM hahahha...sape tak tu,sorry la...kalau nak pegi kene pegi tempat lain...
hari tu aku jumpa iklan die kat tempat kelas aku...
yang ni la iklan die...

kawan aku dengan selambanya,tanya aku...ko nak pegi tak???
oooohuhuhuuh,tak kot...aku jawab je macam tu...

aku tahu,sebenarnya kursus kahwin ni tak semestinya kena g masa nak kahwin tapi masa muda-muda...tak ade pasangan pun tak pe taw...
ada orang kata...eeee.apa kes nak pegi kursus perkahwinan...
tapi hakikatnya akan membuatkan kita matang dalam perhubungan...

persoalannya???
kenapa aku tak nak pegi...sebab aku kena demam campak la pulak..lagi satu duit tak de ma...ini bukan alasan taww...


so,sape2 yang nak pergi boleh la...jangan fikir-fikir banyak-banyak kali...
bila korang pergi..korang akan tahu macam mana nak jadi lebih matang dalam hubungan..

rasa dah tak nak merepek lagi..atas ni pun macam dah merepek sangat da..
assalamualaikum..

11 June 2012

Journey For PART 2

assalamualaikum...
apa khabar???adakah semua sihat??(ayat skema)
ok la...hari tu...aku kan cuti selama berbulan-bulan tapi sekarang aku dah tak cuti da...
sebab 10.6 aku dah balik tempat aku yang tercinta iaitu uitm lendu melaka..dan kolej tercinta iaitu tun fatimah...plus2,aku dah sem dua kot..sem dua in banking...hope dapat dekan...
keciknya logo
aku nak cita sikit pasal kemalasan aku..hahah..boleh??nak malu kan diri sikit..amboii,tak senonoh tol aku ni...

sebelum aku balaik melaka ni,..aku ade cuti dalam seminggu dan aku habiskan dengan keja bzi aku sampai aku tak sempat langsung nak packing barang..satu pun tak ready...esok nak balik ni...semua barang tak de lagii..dengan tak de daya aku pun g la gaint batu cave..malas ni..heheheh
lepastu,aku beli segala barang...balik..terus basuh baju...yang aku beli kat gaint..semua la...
lepastu packing sampai pukul 1 pg...dah la esok tu last daftar..aku malas nak daftar awal2 itu je...
dengan migrain segala bagai aku gagah kan je la kemas baju...aku dah tak peduli da..janji siap...

esoknya,dalam pukul 8 pg..nak kena bertolak..aku memang dah tak de daya..kepala sakit lak 2..
dengan mamai..mak aku lak keluar..sarapan pagi aku wat semua..barang pun tak habis kemas lagi..
aduhai...barang aku pun..tak banyak la sangat...


banyak dia macam ni je...
ok la kan...untuk satu sem..


aku gerak dalam pukul 9 pagi..sampai pukul 11.30...
lama tak???padahal kl dengan melaka bukan jauh sangat pun...tapi kerana jem..lambat aku sampai ke uitm aku...huhu...aku dengan blur2 pegi la daftar kolej...dah selesai..

rupanya,aku dapat bilik yang sama...ooo yeeaaahhh...
tapi satu budak bilik aku dah quit la..so bertiga je satu bilik..tapi sorang budak bilik aku balik rumahh..
kiteorang pun berdua je la 1 bilik..serius,sunyi sangat-sangat...aku memang tak tahann.tapi tak pe la..bila bising sangat pun susah kan..betol tak??

esok kelas aku start pukul 8.30...pagi betol la kelas aku..tapi tak pe la...
entah nape mood aku tak elok..yela,cuti lama kot bila masuk balik memang la malas kan...
dengan lemah gemalai aku pun mendaki kelas bagai...kelas pertama aku acc116..memang la..aku takut..sebab lectrur x kenal..
di buatnya straight memang aku nangis la...aduahai..nasib bek la ok..tip top,muda ok..
dengan budak kelas aku pun..aku x bape senyum sangat just gitu2 je..mybe,aku masih malas-malas lagi kot..
dah2..hari esok-esok masih ade lagi kot...

emmm,lagi nak cakap ape erk???
rasa dah tak de kot nak share..
so,this is my post...da...bye2...
assalamualaikum..

07 June 2012

Fact About Me

assalamualaikum..

ape khabar semua???sihat tak???hari ni hari khamis..ade yang tengok cerita hantu tak???
kalau aku tak tengok la...sebab teeettttttttt...biarlah rahsia..

hari ni aku nak cite pasala pe erk???ce bagi idea sikit...tak de idea lagi sebenarnya..tapi nak menaip wat post lagi..tak paham betol,aku dengan aqila ni...

eeeemmmmm...
emmmmm...
eeemm..

ok....ha....

ade idea..aku nak cite pasal fact about me...why fact about me..what the important of those fact things to u all..
ok2...and ok...
mehhh,aku tolong cakap kan nape aku nak post pasal fakta tentang aku dan ape kepentingannya..
dari segi kenapa dan pentingnya..
  • saja...rasa nak kenal kan diri..nak orang tahu pasal diri kita
  • pasal tak tahu nak post ape...dan nak promo diri kottt...


amboi..reason sampai nak promote diri tu macam melampau je la...AQILA tak mowww3...
ok la... kita fokus pada aku punya tajuk untuk post kali ni...

FACT ABOUT ME..

  • aku seorang yang pemalas bila aku baru bangun tido...
  • aku ni ade satu habit yang tak boleh bawa pegi shopping..kalau bawa menyesal...sebabnye aku ni tak pandai nak tawar menawar and kalau nampak barang terus beli...bunyi macam boros tapi sebenarnya tak pun,sebab kalau kedai tu harga mahal sangat..aku akan senyum dan blaaa...aku takkan cakap harga ni mahal sangat sebab takut orang tu tak boleh terima,marah n mungkin menyumpah aku..
  • emmmm,aku ni seorang pensilent handset yang tegar..tapi suatu ketika dahulu la..dulu,semua orang panas hati bila kol aku mesti tak dapat..sebab kalau handset dah silent nak dengar ape..almaklumlah..minah silent handset...mana nak dengar bunyi handset kalau silent hanya ade vibrate..mana lah nak terasa..
  • aku seorang yang tak kuat merajuk dan tak reti untuk memujuk..serius aku fail bab mujuk ni...so,jangan merajuk over-over dengan aku sebab aku orang pertama akan lari..bukan lari sebab tak nak pujukk..tapi bagi ko fikir and tenangkan fikiran..
  • aku tak mudah puji orang...kalau aku puji banyak-banyak tu..kira beruntung la..aku tak membodek sebab aku memang tak pandai bodek orang..
  • aku seorang yang peramah dan terlebih mesra..aku ni semua orang nak tegur..ikutkan la..tapi fikir orang tak suka so aku akan diam je la..
  • kalau dari segi emosi aku,aku ni ada masalah nak organise reaksi emotion aku..sebab bila aku happy muka aku tak macam happy..tapi bila sedih muka aku happy..pelik kan..problem tu..
  • aku seorang yang agak manja la jugak..tapi pada setengah orang je..tak semua orang taw..
  • aku tak pandai nak berborak dengan lelaki..or mybe perempuan..sebab aku ni sedap mulut je kot cakap..tak fikir hati orang mybe la..
  • aku tak pandai menipu..sebab nampak benor nipunya..
  • tak sanggup luka kan hati orang kalau orang tu ok dengan kita..
  • cepat paham reaksi yang die bagi..kalau lain macam tuhhh...dah paham la...
  • kadang-kadang gila-gila..kadang senyap..seorang yang mudah berubah...
  • cepat terasa tapi diamkan je...
  • tak mampu nak simpan perasaan sendiri sorang2...mesti cite sekali pun jadi la...
  • tak kuar malam...sebab takot gelap...dan takot tutttt...

banyakkan fact tentang aku...
so,ini just 1 pengenalan bg aku...so lepas ni...sape nak kenal aku...tengok la post ni...kalau ade la..
pape pun..jaga elok2...
wassalam

06 June 2012

Moment Kerja aku..

assalamualaikum,...

ape khabar???sihat tak??rasanya dah lama tak hantar post..cite-cite walaupun...sendiri je yang baca..
aku tahu aku sorang baca..trust me..heheh..
aku pun dah lama tak taip sebab aku kerja kan..dan 3.6 lepas, aku dah pun berhenti tempat kerja aku...

disebabkan itu...
aku pada hari ni..atau boleh dikatakan malam ni..aku nak cakap pasal my moment la..walaupun aku jenis yang tak rakam dalam gambar..tapi cukup la dengan cerita secara pendek kan..kalau panjang tak ber isi pun tak guna...

masa kat tempat kerja aku harungi macam2 yang orang lain tak tahu..
sebenarnya,kerja macam aku ni ada 2 benda yang aku kena harungi dengan penuh sabar..amat sabar...

first,pasal kesabaran aku pada bos aku..
aku bukan nak kata bos aku ni garang ke ape..
cuma die pun memang jenis tak marah orang tapi bila die mood x ok..aku lah menjadi saksi paparan melihat die marah orang lain..sepanjang aku bekerja dengan die..aku tak pernah kena marah..paling tak tegur je..tapi kalau orang lain..entah la..aku ni sorang je staf die..dan bila ade staf dari kedai lain kacau die masa mood die tak elok..mula lah die marah..mengamuk..mangsa keadaan adalah aku sebab..orang akan mengundurkan diri dari aku..aku nak nangis je setiap kali benda tu berlaku..tapi yang penting sabar je la..

kedua, pasal stamina aku..
siapa tak perlu kan duit..aku kerja sebab duit untuk aku sambung belajar..sebab aku taknak susahkan orang lain..itu je..
aku nak share prinsip aku sekarang yang aku memang pegang...
iaitu biar sakit kerja macam mana pun itu tolak ke tepi..janji hasil dari kerja tu memuaskan semua orang..kalau kau mampu kau kena sahut la...
sepanjang aku kerja,pernah sekali kaki aku bengkak serius sakit..tak tipu wehhh..tapi aku tbahkan sebab nak cari duit smbung belajar..

emmm,ok..tutup bab cabaran..sekarang aku nak show off my uniform..post dulu aku nak bagi tapi tak jadi la pulak..so ni pic uniform aku...

cun tak???

so,my uniform pun da show off..
masa aku kerja kat situ macam2 bos aku belanja,...
belanja kfc la...
sushi la...
mcd pn ade taww,jangan jeles...

so,sekarang ni..tempat kerja tu..masih kosong...sape rasa ade capability untuk kerj sila kan...
usaha tangga kejayaan taw...tapi yang penting sabar..
tak kisah la,korang kerja kat mana pun,..sabar tu penting dan jangan cepat melenting taw...

ok..sekian dari saya..wassalam

11 May 2012

preparetion untuk birthday my abah

assalamualaikum...
ape khabar???sihat???last entry about abah aku punya hari jadi...rancangan suprise gitu...
punya cuak masa 6.5 tu...

hari tu,bos aku kata nak bagi pinjam duit...
tapi aku takut kalau bos aku tak bagi pinjam duit tu...means,lupa nak bagi la..sebab aku ni kalau cakap sekali hanya sekali je la..aku tak suka nak mintak berkali-kali...malu la...
at last,bos aku bagi gak duit untuk pinjam..tapi potong aji la,hahhaha...
emmm,so aku pun bayar la duit baju bapak aku...

so,about my plan...
first aku beli kotak iaitu 
ini kotak...

after that,aku beli kfc...hehehhe

emmm..bargain set je...
hehehhe...

masa alik tu,aku balik dengan mak aku dan bapak aku...hehehehhe..
masa tu,ayah aku tengah main game..perlahan-lahan buka pintu rumahhh..sergah bapak aku dari belakang,hehehhe...
abah aku pun bukak la hadiah tu,perlahan-lahan...
nervous tersengih..bila bukak,..dapat baju...
abah aku say thankz..pastu,aku bagi la bapak aku pakai..test...
so ayah aku pun pakai...
comel tak???that is my abah...

lepastu,aku tangkap la gambar family..tapi aku tak ade la...




so...rasa dah la...
sampai disini je la...ok...
assalamualaikum...
nak makan ni...

04 May 2012

my abah birthday..

assalamualaikum...

ape khabar???sihat tak???setelah sekian lama aku tak taip...
wait,aku lupa nak buka lampu,ok done....wahhhhh,sungguhhh bersemakkk woooo...
tak pernah ku jangka..setelah sekian lama aku baru perasan blog aku dah macam ni..dah banyak sawang anai-anai dah..sungguh terkejut ni,serrriuuusss...
ok,back to first about topic...ya,topik kita hari ni,pasal my abah...sekarang ni 4.5...so,bape hari lagi akan sampai ke birthday ayah aku,...dalam 6.5...so,aku pun dari hari tu dah prepare baju untuk abah aku...
so,hadiah untuk abah aku adalah baju..baju teluk belanga...bukan belanga masak ok..tapi baju melayu johor,baju melayu telok belnga...itu lah function orang johor ade baju melayu and baju kurung pattern sendiri..ko ade,heheheh...sorry,just gurau je...emmm,about baju untuk my abah...aku dah komplot dengan mak aku supaya curi baju abah aku...plan yang sungguh halus,hahaha...setakat ni,rahsia masih ok..aku pun lega...tapi problam besar dah mai da...my gaji belom dapat lagi...so,tak dapat amik n bayar la pulk...macam mana ni...aku harap la dapat bayar ...sebelum my abah punya birthday..kalau tak,tak de la,suprise...ye,dakkk...
untuk baju melayu ayah aku...aku pilih warna kelabu asap..nak preview pun,macam tak boleh sebab aku tak tangkap pic lagi..heheeh,,tapi cantik la orang tu wat..serius la...emmmm,hope suprise ni menjadi..kalau nak tengok baju my abah boleh la tengok..untuk post yang lain la..kalau intrested..aku wat kat tesco selayang je baju ni...hehehehhehe...harga tu,rahsia...

ssshhhhhh....

em,ok la...rehat2 la..today is my holiday,,...so,aku tak tahu dah nak wat ape..aku mahu tido,heheeh...
habit buruk yang tiada kesudahan..ok la,see you next time...maaf kalau rumah aku ni bersemak,hahahha...

assalamualaikumm

12 April 2012

keje untuk cuti SEM

assalamualikum...
ape khabar??sekarang aku tengah dengar radio suria fm..
tadi baru balik dari kerja...jadi terniat la pulak nak berpost-post dalam blog ni...
hari ni aku nak cakap pasal kerja..means tempat kerja part time aku la..
aku keje kat sebuah kedai emas putih...memang wahhh...wahhhh...cantik la...tangan aku ni terasa macam nak sentuhhh je...

ni gambar tempat aku keje,hahaha...tapi pic aku tak de la pulak..
emmm...tempat die dekat tesco selayang...ala,dekat je dengan rumah aku...
rumah aku kat ppr wahyu,so depan je la...heheheh...sape yang tahu tu..boleh la agak betapa dekatnya rumah aku dengan tesco...siap boleh balik untuk makan taw..tapi aku yang tak nak sebab aku takut rehat lama sangat tu je...

wat mase ni,kiteorang ade wat promosi untuk hari ibu,..so sape yang nak beli tu,sila-sila kan lah datang kat tempat kiteorang..sape yang dekat tu boleh la...
soal gaji tu,its my secret...tak boleh cakap la...part time je kott,so bayang-bayangkan lah diri anda untuk fikir berapa la gaji..tak masuk comission dengan allowance...heheh..
ini pun aku keje sebab nak elakkan kebosanan yang tahap jitu di rumah...dari aku membesarkan badan aku..bek aku menambahkan duit dalam poket aku...
cite pasal tempat keje aku,memang tak habis la...pendek kate bos aku dan pekerja len adalah cina..saya sorang je yang melayu ma...tapi saya ok la..bos pun baik..mmber pun ok la..baik-baik bos aku tu,rupanya gangster gak..itu anda paham sendiri la..tek elok cakap lebih-lebihh...
dalam seminggu lepas tu,aku dapat baju..baju die aku tak dapt tunjuk la...sebab basuhhh..hehehehe...

sekarang ni,aku cubalah jual barang kat situ..nak kate mahal tu,boleh la gak..tapi boleh diskaun ma...hahahahah..hope sape yang nak datang...boleh saje datang...tak de masalah...

so..nothing to say...
tiada lagi cinta hanya filem dalam hidup..
assalamualaikum...

02 April 2012

kawan baru...

assalamualaikum...
apa khabar???sihat tak???
sekarang ni,aku tengah dengar lagu you are my evrything..mybe kot tajuk die..itu wat aku tersentuhh,setiap dengar lagu tu,aku ingat sesuatu yang aku tengah cuba lupakan iaitu saat prtama aku jatuh cinta...

arrrrgggghhhhh...lupakan la,dah orang tak sudi...ok,baik la...aku nak cite pasal my new friends..someone that i know from some place..he ask my number...how suprise for me...hehehhe...
tak payah nak speakang sangat la,qila...ok,die mintak no aku..aku kenal die kat ym,..kami borak kenal-kenal,best la borak dengan die..seronok..hilang masalah...tapi,bila die tanya soalan tentang sesuatu ni wat aku kurang selesa la pulakkk...die tanya tentang no aku,aku ingat nak end hanya kat ym je...tapi die tak nak..die nak sambung..aku pun,macam nak tak nak je bagi kat die..aku cakap kat die hold on dulu boleh tak??rasa macam cepat je nak mintak no ni...awal kott,baru kenal..die kate die jarang on9..aku pun,macam wat tak tahu..wat muka tembok..nak tengok???

macam ni la...burukk kannn...sebab aku wat tak tahu je request die...lama die penat...die pun give up laaa...
aku pun wat tak tahu saja...ye la wat do no..lame2 bila die nak bla..aku macam tergerak nak bagi..aku cakao kat die,nak x??die kate boleh la..emm,ok la,,...aku bagi la...berlembut hati,hahahah
dan sekarang aku still kawan dgn tapi tak tahu la selama mana sebab die bzi..die budak poly..aku uitm..so,agk susah ble jadual lain..macam aq dgn kwn aku laa...


emmm,..so...bila jumoa kawan baruu..kita kena pikir semasak-masak double masak pun tak pe supaya tak timbul masalh..ok la...
assalamualaikum

29 March 2012

dah dapat da...

assalamualaikum...
apa khabar???sihat ke semua??ada yang sakit..kalau ade,makan la ubat...
ape yang aku dah dapat???(based on topic)

aku dapat something..bermulalah kisah aku yang nak cari facebook sepupu aku..aku tahu nama dia cuma najmi je,..ala,saja je nak kenal..
cari punya cari aku jumpa sorang yang aku selalu jumpa kat U aku..kira corius gak la..nak tahu jugak sapa dia kan..dia ni sapa nama..tapi tak dapat..sebab die part 2 aku part 1..aku kenal die,mean jumpa die sejak dan pertama kali mase aku pra diploma..aku jumpa sekali tak pe la..oleh disebabkan hari-hari jumpa..
aku teringin nak tahu die course ape???kolej ape???
first assumption aku,die budak tourism..
at last budak public admin...ya allah,course yang menyakitkan jiwa..jiwa yang penuh serabut...arrrgghhhh...

second,hari tu,aku nampak die balik kolej..tapi aku tak tahu die kolej mana,sebab die ikut laluan yang wat aku keliru..sebab ade 3 kolej kat situ...so salah satu,adalah kolej die..
die kolej ape pun,aku tak kisah pun..tapi setiap kolej melambangkan ahli-ahli didalm ni..heheheh...

aku teringin nak borak dengan die,mean jadi kawan die..tambahan aku dah dapat fb die..first aku rasa tak percaya sebab berkawan dengan orang disekeliling aku...so,suprising...hahahha..
k la,nothing to say...just one moment to get one friendship...

see you next...
tiada lagi cinta hanya filem dalam hidup...
assalamualaikum..

28 March 2012

Shopping online....

assalamualaikum...
how are you???how  me???i'm fine,hhahahhaha...
jawab sendiri...napa erkkk,aku post 2 kali har ni...sebab ade something yang menarik untuk share dengan korang...serius ia sungguh menarikkk...tapi tak tahu la bagi korang...
ok la,sume orang suka benda yang murahh dan ramai suka sangat shoping online...ramai la kan,termasuk budak bilik aku kat uitm lendu ni..

so,semua orang akan rambang mata untuk ke shoping online...daripada kawan aku yakn budak bilik aku..dari lecturer die sume dah aku dengar segala laman untuk shoping online...
so,dekat sini aku nak senaraikan web shoping online untuk shoping holic..
setakat ni,aku tahu ade beberapa dan aku dah short kan yang mne terbaik..semua barang ni bawah 100 ringgit..barang yang cantikk,ada yang dapat barang esok..ada postage dan ade yang free postage...itu kena baca sendiri la erk..
so,senarai die...
more to bag..you can survey by your own..
next listt..
more to shoes acessories..
and for those yang nak cari baju or busana muslimah kat sini ade dua saranan,,...bab harga aku tak boleh komen la...

yang ni ade macam2 jenis baju muslimah...
second web shoping inline is from eightdesign.com

lagi???
ade ke tak er...ade2...satu lagi tapi bukan busana muslimah lagi la......dari anna ladies..aq rse ini pun ok jugak...
die ni jual kat fb,..so,aku nak bagi link pun,susah takot tak dapat so..kalau nak tengok,,...just type anne ladies ok...
jadi..ini je lah yang ade...yang aku rasa sesuai la jugak...kalau ade pape shoping online..aku akan bagitahu...
as soon as posibble...
so,see ya...
asssalamualaikum



27 March 2012

tak nak amik lesen!!!

assalamualaikum...
ape khaba???hari ni aku nak luahkan something...
memang aku nak cakap...so dengar kan lah ye...

di sebuah kisah...aku dalam fobia...aku dah fobia...sebenarnya aku memang nak amik lesen P kereta aku tu...aku nak drive ni untuk jpj tapi kereta JPJ tu macam tak suka aku...dengan handbreak keras...ade pulk kereta clucth panjg sgla..mnyampah aku...aku memang benci habis la kalau macam tu kan...itu baru ujian dalam..luar pulak lagi masalah...elok2 je naik bukit...xde prob pn..kreta tu,mngundur...perggghhh,sakit hati sangat...aku memang fedup giler la...giler punye fed up la...

lepas dari tu,,...aku dah tak mahu untuk amik lesen lagi...aku tak kuasa da taknak..ever n ever...my untuk cuti sem ni x kot...aq nak amik lesen kreta auti sahaja...auto sahaja...aku dah tak kuasa nak pakai manual lagi...taubbbaatttttt...dah tak kuasa lagi da...

aku ingat,naik sem 2 ni...aku amik lesen kreta la..sebab sakit kot...tak boleh drive pun,aku jadi tension gak....walaupun aku nak amik lesen,aku tetap nak lesen P kreta auto sahaja...

muktamad...

so,da...nothing want to sayy...assalamualaikum

26 March 2012

diNNer BaNKing

assalamualikum...
apa khabar???ya wahai sahabat di pagi yang tak bape nak buta sebab dah ade yang celik macam aku ni...
so,aku pun,mulakan keje membersihkan sawang bpe posen yang ade kat blog ni...
so,how comes your life,is it ok???or have something prob...
kalau ade prob settle la dgn hati yang tenang...

sebenarnya aku nak cakap pasal dinner aq kat hotel,dinner part 1 la katekan...
confirm kene wat performance..aku kene wat cat walk and mnari..pergghhhh,bergegar siak stage tu...
tak boleh tahan...but all have done it...lagipun,ini bukan pertandingan but just entertainment for audience only..

so,nak tahu tak menu die ape???aku malas nak taip...aku view pakai pic je ari ni..
so,kite da cakap pasal makan tempat aku tak bagitahu,adoyai...
tempat die biasa saja,tiada apa yang harus dikatakan...hahahahha
ok,tempat suda makan suda...ape yang tak suda...don't talk about video of the peformance...
nape???sebab video 2 memang aku tak de........hahahahhahahah
hari ni aku agak xbpe nak betul la pulak...asyik gelak je...
em,nak cakap ape erk???pic dinner,kalu nak post dume pic memang xde la kan...so,ape yang ade je la...rasa macam ni,ok kot...










so, da tyang gambr..banyakkan,hahahahaa....
bukan selalu taw nak tangkap gambar ni,haha...
so...n soooo onnnn xthu nak kate ape...

ape pun,aku akan post lagi sebab ade benda aku nak share...
bukan lagi cinta hanya filem dalam hidup...
jadi sampai ketemu...assalamualaikum...