31 December 2011

TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM,for all muslim...
dah lama aku tak taip blog ni...tapi for the first time in 2012...
this is a first post for 2012...


kenangan aku masa 2011 memang tak boleh nak di lupakan...
aku rasa ramai akan wish for NEW YEAR dan akan sebut pada azam baru....
korang ada azam baru???
kalau ada cakap la...macam bese aku dan tahun sebelumnya tak ada azam...
bukan aku tak ada malamat dalam hidup tapi for me azam hanya satu target...
mesti korang akan siap-siap bina azam baru...
aku lebih prefer kepaDA matlamat jangka panjang dan pendek...
sebab aku ada masa untuk siapkan diri aku untuk itu....


waKtu 2011, ada peristiwa...

suprise untuk birthday MARINI....
dapat masuk UITM...
borak dengan MOSHI even sekejap...
sambut birthday NADHIRAH...
macam-macam la...
tak kisah apa yang berlaku pada yang lepas adalah satu pengajaran untuk hadapan,...


aku harap azam baru korang ni akan wat korang jadi lebih baik...
dapat hidayah ,sape nak kawin tu,TAHNIAH la...
sapa yang nak berjaya terus kan usaha...

ape yang penting jangan lupa diri dan jangan sombong...
kejayaan tak bergolek...
dan allah tak akan ubah nasib manusia,kalau manusia tak nak ubah diri dia...


aku pulak harap,aku akan jadi insan lebih tabah...kental dan kuat...
aku harap iman aku pada ISLAM dan ALLAH akan bertambah...
aku jugak harap aku jadi insan lebih memahami...


sapa-sapa yang ada perangai buruk macam merayau ke???
yang suka berfoya-foya...
yang tak tahu nak jaga hati orang...
yang nak menang tanpa dengar penjelasan...
yang pemalas...
yang tak nak berusaha tapi nakkan sesuatu...
yang suka relax je(macam aku)
yang suka lengah-lengah solat tu...
UBAHLAH SEBAB UNTUK DIRI SENDIRI JUGAK...
WASSALAM




10 December 2011

gileRRRRRR















































aku rasa aku dah sedia untuk bagi tahu....aku akan cakap masa birthday aku...

27 November 2011

KiSaH tElAdaN...

Seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.

Sufi : Assalammualaikum pak cik (sapaanya diserta senyuman ikhlas )

Pak Man : Waalaikumsalam, Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan itu ke arah sufi)

Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .

Sufi : Pak cik, saya ada belikan pak cik makanan, mari kita makan bersama.

Pak Man : Alhamdullilah, terima kasih nak .

Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? Maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa, saya hanya bertanya sahaja .

Pak Man : Sudah nak, sudah lama

Sufi : Bagaimana pak cik jadi macam ni??

Pak Man : Ini balasan buat pak cik nak. Pak cik menyesal, dahulu pak cik juara kota, semua orang menghormati pak cik, jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu. Apabila sebut sahaja nama pak cik, pasti semua akan kecut perut, tapi itu dahulu nak, sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik.

Dulu hidup pak cik mewah, tapi sekarang inilah pak cik, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang.

Pak cik berdosa nak, pak cik derhaka pada ibu pak cik, pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tidak dapat apa yang pak cik inginkan, pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia.

Pak cik hina dia, dia merempat, tidur dikaki lima, mengemis seperti pak cik, pak cik anak derhaka nak, anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)

Sufi : Sabar pak cik, minum air itu pak cik akan tenang, ibu pak cik masih hidup ke sekarang?

Pak Man : ibu pak cik? dia dah .... dia dah tiada,sudah meninggal, pak cik yang langgar dia.

sufi terpempan apabila mendengar luahan hati Pak Man. Nauzubillah .. tergamaknya Pak Man ini.

Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu ada ibu mengemis di kaki lima, pak cik rasa terhina, tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu, pak cik terlibat dalam kemalangan, dan menyebabkan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak.

Sejak dari hari itu, semua kemewahan, keistimewaan pak cik hilang, orang-orang sisih pak cik, pak cik hilang tempat tinggal, terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup.

Pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sanggup untuk hidup di muka bumi ini. Tapi pak cik risau, adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini?

Sufi : Usah bimbang pak cik, masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun, sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .

Kesimpulannya,

Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira, Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini. Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.

Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak.

23 November 2011

SaTu KePutusan

assalamualaikum.....

ape khabar hari ni aku nak wat post merepek merapu,meraban sikit....
aku nak sewel jugak untuk post ni....

ramai kawan aku cakap,...
bebbb,ko lupakan la dia tu...
da dkat 2 tahun dalam hati kau....
tapi ko tak penah dapat pape pun.....
sapew cakap aku tak dapat pape....
aku bahagia...aku rasa tenang je...
aku okayyy je...cuma aku teringin gak nak kenal die gak...
nak kawannn...kawan bese chit chat...kawan gelak-gelak pun tak pe...
or kawan untuk meluahkan rasa dia pun tak pe walupun tentang awek die....
aku ok klau die nak marah aku...tapi aku tak okay kalau dia maki aku...
aku tak kisah dan aku okay kalau aku boleh pandang die dari jauhh...
aku okay walaupun,aku ada hasrat yang tak tercapai...
iaitu jadi kawan die....
aku ok je kalau die ade awekkk...tapi asal awek die baikk tak pe...
aku tak kisahhh....
aku okay kalau die bahagia....
tapi aku takkan okay or senang kalau die susahhh....


cinta memang ade pada setiap manusia....
tapi cinta kepada maha esa harus di utamakan...
cinta kan manusia semestinya akan mati...
yang pergi tetap pergi....
dengan ini....aku buat keputusan untuk lupa dia...
walaupun,aku sakittt....
aku tak kira....
tak de sebab untuk ni...ini adalah keputusan yang muktamad...
aku akan cuba usaha dalam masa 1 bulan ni...
ade prestasi tak...kalau tak....
aku double kan usaha...

kalau tak aku akan usaha sibukkan diri aku...
untuk lupa dia...


itu je cara yang mampu aku fikirkan kali ni...
cukup itu je,....

14 November 2011

JaLaN-JaLaN

assalamualaikum....

ape khabar????moga-moga sihat lah hari ni...semalamaku pegi pusat zakat untuk memohon bantuan berbentuk biasiswa dan aku rasa memang ramai yang mohon...aku tahu permohonan baitulmal ni cukup terkenal kat Malaysia dan ramai umat islam yang tidak berkemampuan turut memohon...
.but every permohonan ade terms and condition die..betul tak???
dan sekarang aku baru tahu if kita nak pegi sana kita harus memakai pakaian yang menutup aurat..wajib pakai tudung...wait3....bukan ke kita wajib pakai tudung walau dimana-mana pun ke????
ish2....aku ni blur la,benda macam tu pun aku tak tahu lagi...

selepas selesai segala urusan aku pegi chow kit..kawasan die kat belakang tu je pun...tak jauh pun...aku pegi dengan kawan mak aku...serius aku tak pernah pegi chow kit.....
sebenarnyabila aku jejak je aku rasa aku pegi satu tempat yang bukan aku punya tempat...my mean is Malaysia...mybe i'm still in Malaysia but aku rasa separuh or lebih adalah luar negara yakni peniaga dia adalah bukan warganegara malaysia...sebab aku tak nampak sangat peniaga melayu...
masa kat sana gakaku nampak kekasaran sikap manusia sesama manusia...mybe budaya mengatakan 'maaf'' tak berapa nak ada sebab tadi ramai gila yang langgar aku but no one say anything like sorry..bukan aku nak kritik...but just my point of view from that side..suasana memang biasa la sesak...entah kenapa aku rasa sedih dengan cara mereka untuk meneruskan hidup..aku rasa begitu besar cara mereka untuk teruskan hidup...dieorang tak kisah nak kerja ape...janji halal dan dapat duit...penat, kotor atau ape pun bukan masalah lagi...mereka kerja pun untuk masa depan keluarga mereka sendiri...aku tak nafikan kerajaan malaysia memang  banyak membantu kerajaan indonesia dengan memberi peluang pekerjaan...bukan setakat kerja je die bagi tempat tinggal kot...dengan duit malaysia jauh lagi besar dari mata wang indonesia...itu sudah mampu memberi hasil yang lumayan...


banyak betul aku membebel....aku tak tahu nak merepek pape lagi...hahahhaha....
cukup suda lah....

assalamualaikummm

13 November 2011

Kisah Aku Yang Di Salah Anggap...


kejadian ini di sebuah surau di hypermarket

muncul la seorang remaja yang ingin menunaikan solat magrib.
suasana agak bising kerana ada seorang ibu yang membawa anak nya untuk menunaikan solat.

aku membiarkannya, lalu aku mengambil wuduk dan menunaikan solatku...
semasa di rakaat pertama selepas sujud...
aku mahu duduk dan...

keletukkkk...(bunyi yang amat kuat)

tiba-tiba...
anak: ibu,akak tu kentut ke???
ibu:iye ke???kuat betul bunyi nya...
anak:napa akak tu tak berhenti solat???
ibu: entah tak sedar kot...dah la diam la...

dalam hati aku "kaki aku la yang bunyi,bukannya kentut"

11 November 2011

TaWarAn Da MaI Da...

assalamualaikum...
apa khabar???hehehhe,hari ni aku prepare sakan untuk masuk uitm...
dulu aku pra diploma...sekarang,diploma...
aku tetap ingat yang aku ni pra diploma...

dengan usaha yang gigih, cewahhh...
hari tu,04.11...aku dapat result yang membanggakan 3.71...
tak nak tnjuk slip...hehehehe...padahal hari tu da tunjuk...jangan riak qila...
dan kemudian 09.11...keluar pulak result tempat dan course...
aku sebenarnya,tak nak harap tempat sangat cuma ye lah,dapat melaka tu memang da nasib aku kan
dan aku dapat course banking...
ok la,kan..usaha gigih tuu...hehehehhe


now,aku kena masuk 16.11...accuatly,aku takut...aku ni memang lemah semangat pun...
tambahan pulak,aku kena orentasi lagi...
tu yang aku lemah tu...satu badan lemah...tak mahu ahh...
tapi kena gak...so,start 16.11...aku akan bzi tahap gler2 la..
aku tak boleh bayangkan aku macam ne...
tadi aku check tekanan darah tinggi...
tinggi siot 143..mmg tak boleh bla...
ni kna jaga kesihatan...tapi aku ni jenis yang selalu kena di ingatkan ...
macam ne la...agaknya makin teruk kottt...
dah la,sudah2 la tu nak membebel...
ok la,assalamualaikumm...

Share the good things in life with ur Buddyz. Let's share free music and free texts! #DiGiYouths

Share the good things in life with ur Buddyz. Let's share free music and free texts! #DiGiYouths
http://www.churpchurp.com/moshi-akira/share/digi-igetmybuddyz

05 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha...

assalamualaikum....
alhamdulillah,hari ni kita masih hidup...
pada hari esok kita semua akan menyambut hari raya haji...dari itu saya mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

semoga pada hari esok kita mulakan dengan segala yang baru dan nafas yang baru....
biasanya raya haji sinonim dengan ibadah korban...so,tahun ni...
agak-agak la,berapa ekor lembu/kambing/unta/kerbau/segala yang an-a'm...
yang akan di lapah...apabila terima tu,rasa bersyukur harap timbul la...sebab kita ni hidup aman...
dapat makan sedap-sedap...tengok somalia tu....so,ingat taw,kalau nak membazir ingat orang yang susah...
jangan ikut perut je....
raya haji ni juga memberi kita banyak erti dan ia tidak tertumpu untuk ibadah korban sahaja tetapi untuk mereka yang mngerjakan ibadah haji...
semoga selamat pergi dan pulang....
lagipun,makcik and pakcik aku pegi mengerjakan haji....
harap dapat haji yang mabrur,aminnnn....

04 November 2011

Result DaH KeLuaR

assalamualaikum....
ape khabar????sihat????
hari ni, 4.11.11 result exam untuk uitm da kuar...
cuak giler dohhh...muka aku nervous giler,muka aku dah macam ni dah...
mmg cuak giler...
mane nak garu...
mana nak tutup mata pun da tak tahu da...

lagipun,tugas anak adalh membanggakan ibu bapanya...
aku takut sangat keputusan aku teruk...
serius aku dah fikir macam-macam bape pointer aku???nak belajar mana??nak ini...itu lagi...
hahahhahahaha

last,keputusan depan mata...aku tergamam speechless kot...xtahu nak kata apa
result yang boleh di banggakan la...
bukan niat nak tayang sebab ni cuma pra dip je...
orang akan kata,memang la senang untuk dapat...
walau apa pun,ini just share...aku just shot pakai handset je...
so,kne zoom kot,heheheh...

lepas ni aku tak tahu,aku akan dapat ape...
kalau dalam application permohonan aku..aku minta banking for the first...
tempat pun,aku tak tahu lagi...
aku tahu aku takut dapat tempat yang aku tak rela je,macam segamat,,,
aku tahu segamat bukan ngeri sangat pun...bese je,cuma aku yang tak nak agaknye...
so,setakat ni je la post aku...aku tak nak pok pek panjang-panjang bahaya...
nanti orang kata riak la pulak
wassalamualaikum

02 November 2011

Di Uji Lagi Sekali

assalamualaikum...
apa khabar??harap semua sihat dan tak sedih2...
kita semua sebagai manusia...ada ujian untuk diri masing-masing...
serius memang sedih ,tapi....
hidup manusia ni kena teruskan seandai masih bernyawa wehhhh...
jangan la amik jalan bodoh macam bunuh diri,tu bukan bodoh da...
i2 da bangang nama nya...
aku pun,sedih ape bila di uji..tapi kite kena jugak kuat...
no matter how hard our heart hurt...
ada orang tu ujian dia macam sentiasa malang...
ada yang sentiasa hidup susah,di caci, di hina..
ada yang tak dapat cari jodoh or sentiasa putus cinta,,,
apa lagi yang mampu hanya lah redha...
banyak berdoa supaya di sejukkan hati...
di tenangkan jiwa...

aku pun tak nak lenggok kiri kanan..
serius aku sebenarnya telah diuji...aku bersyukur aku diuji untuk tika ini..sebab allah sayangkan aku...
ujian aku ali ini adalh cinta yang di cari sendiri...aku terjatuh hati pada orang yang serius,tak sesuai..
aku tetap nak dia..walaupun,dia da kate macam..aku bukan nak ape..aku nak kawan dia je...bukan pape pun...
aku tak nak simpati dia pun...sekarang ni,serius aku dah tahu sapa awek die...
awek die comel...comel giler la...swear!!!!!!!!!
tipu,kalau aku cakap aku tak kecewa...
aku dah gila bayang kot kat dia...aku dah tak boleh jauh cinta lagi...
serius aku memang nak bahagia...aku suka dia bahagia...aku risau dia sakit...
aku sedih bila dia sedih...andai pape jadi aku nak tuntut bela unuk dia...walaupun aku hanya wanita...
perempuan biasa..aku punya ilmu...aku tak punya harta...
aku tak tahu ape yang allah nak beri pada aku...tapi hati aku berdetak pada seseorang bila aku engok gambar die dengan awek die...
nape si dia yang menjengkel kan tu..muka dia tak de emotion kot...
lagipun,aku tak mampu jumpa dia lagi da kot...
mungkin tak akan or mungkin orang tu ade macam akmal faiz dengan awek die sekarang....

cinta sememang hak milik semua..
cinta hanya kerana nafsu atau allah...
kita sebagai manusia la penentunya...
bagaimana kita untuk teruskan hidup bergantung pada kita...

tak lama lagi ada cerita baru OMBAK RINDU..
1 disember dieorang punya tayangan ...
tak sabar+sayu...
sebab cerita dia memang sedihhh...
lastly,ni dia saoundtrack ombak rindu...

wassalamm...

31 October 2011

ASSALAMUALAIKUM...
hari ni berapa hari bulan erk???ha...31.10..
tarikh aku jumpa die untuk kali terakhir...sedih kot...
aku susah nak lupa dia...
dia cinta pandang pertama aku...
nak tak nak aku kena terus hidupp..
aku kena kuat dengan diri aku..aku tahu kemampuan aku macam ne...
aku tahu kelemahan aku...
tadi aku jumpa kawan aku...die satu LIM KOK WING dengan mamat tu...
aku tak nak harap pape...aku tanya dia..
do  you know him???
n she says no...
aku tak kecewa..ok je la...
masih mampu bertahan,aku sebenarnya tak tahu pun,hahahha
tapi jujur la aku nak tahu keadaan dia sekarang...tu je....
aku risau keadaan dia...
aku nak die sentiasa ok...
sentiasa bahagia...
walaupun,die hanya cinta pandang pertama aku...

17 October 2011

aKu ReDHa UTK KaLi Ni.....

assalamualaikum..
ape khabar???
pos kali ni aku tak tahu nak kategori ape???
ni pasal my moshi...tak lama lagi genap setahun setengah aku kenal die...

straight to the point yang aku kecewa tapi aku tak nak rasa kecewa tu...
aku tak nak sedihh sebab aku tak patut sedihh...
aku tahu ni ujian untuk aku dan aku tahu aku mampu,tu yang ALLAH duga aku macam ni...kalau aku tak mampu,mesti die takkan bagi..
alhamdulillah akan ujian ni sebab ALLAH masih sayangkan aku...
emmm..dugaan kali ni melibatkan hati dan perasaan..

aku ni suka tengok fb si moshi tu...so,aku tahu la pic terbaru die...dulu aku nangis sebab aku nampak gambar die dengan sorang perempuan ni...aku serkap jarang...rupa-rupanya,itu adik dia...

dan kali ni,aku nampak lagi..die dengan perempuan lain...aku tak nak fikir tu adik die or sedara die...
aku just consider tu awek die...
alhamdulillah,awek die sedap mata memandang..
alhamdulillah awek die bertudung..
harap die dari golongan yang baik...
bersangka baik itu lebih baik..dan mendatangkan pahala...
berbanding bersangka buruk yang mendatangkan dosa...

kali ni,aku memang da nekad nak lupa..tapi tak tahu la senekad mana untuk kali ni...
aku doakan kau bahagia dalam apa yang ko buat...
moga,kau berjaya dalam hidupp...
aminnn

07 October 2011

MeLaWaT KeNANGaN sETaHuN...

assalamualaikum...


ape khabar??sihat???untuk post yang kali ni aku tak nak laser lagi..
heheeehehehehhe...
hari ni,aku nak cakap tentang outing dengan kawan aku...
ari ahad minggu lepas aku pegi central market dan pusat tuisyen kasturi...
first2,aku dengar pun terkejut gak sebab aku fikir yang aku takkan jejak lagi tempat yang bagi aku kenangan..bila ingat balik pasal kenangan tu pun,macam bodoh-bodoh je...yang bodoh-bodoh ni jugak la yang lekat...yang tak sangka tu yang jadi..masa aku pegi tu,aku paki baju kurung,...
ish,memang tak penah sampai niat aku untuk pakai baju kurung semua ni...tapi nak wat macam ne jiran sebelah aku ada buat kenduri kahwin,huhuhu..aku pun terpaksa pakai sebab nye...ye la..orang kawin..aku dengan selamba keluar pakai seluar...so, untuk cover pakai je la pakai baju kurung...
aku pegi naik bas around dalam pukul 3 petang jugak...masa sampai pasar seni tu...aku turun la dari bas..masa tu,sesak gila aku cakap..tak kan aku nak lalu celah bas..so,aku pun try cari laluan lain..entah macam mana masa tu,aku jumpa sorang makcik ni...die nak pergi seberang jalan..die pegi lalu belakang bas...maksud aku...die lau kat antara dua bas...depan bas dan belakang bas...cuba bayangkan..dengan lorong sesempit tu..agak-agak la,bayangkan bas tu kentut..asap die yang hitam tu,kene kat muka die..dah la,jalan tu sempit..di buat nya bas belakang tu langgar bas depan..tak ke penyek orang tu...aku serius rasa ngeri...masa tu,aku dengan kawan aku kira banyak beristigfar je la...taak nak fkir pape taw..sebab ngeri...
aku sebenarnya dah setahun tak jejak kan kaki aku kat pasar seni..banyak benda dah berubah...ade satu binaan yang menarik kat sana..nama die kasturi walk...kat situ,tempat orang jual-jual..macam masjid jamek...biasa la tu...tapi harga dia agak mencekik jugak...heehehe..

masa ku sampai je kat kawasan tusyen kasturi tu.,aku teringat nak beli bunga..aku rindu nak beli bunga tu..aku nak beli sekuntum bunga ros putih..tapi tak sempat...sedih2...
masa naik masok kat tempat tuisyen tu,aku jadi rindu..masa tu,sempat gak...aku tengok-tengok tempat kenangan tu,tempat aku dengan die berlanggar...hmmm...heheehehhehee(try nak gelak)

kawan aku ni,die nak tanya something kat tempat tuisyen tu..tapi dah tutup...tak sangka,selama setahun..aku tak jejak kan kaki...macam-macam perubahan..ade hotel la...

lastly,aku nak cakap someting,aku nak share something.. tentang makanan kat central market...kat situ ade waferr...waferr die sedap sangat...kedai die kat belakang central market...
ia akan lebih sedap kalu ko mintak perisa peanut butter + choclate...
serius memang kowwww...
sampai disini saja aku nak membebel..eheheheh
assalamualaikum...

05 October 2011

JusT UnTuK PeRiNGaTaN....

assalamualaikum...



hari ni,aku nak share something yang aku dah lama sangat nak share...cuma tak terbukak je...lagipun,ade kaitan gak dengan aib orang...aku pun tahu baik buruk or ada sensetiviti gak kalau nak share something benda yang macam ni...benda ni sume start dari aku tengok cerita kat satu blog ni...yela,bayangkan perempuan rogol laki...kalau dari link ni memang la macam wajar...tapi hukuman yang di kenakan tu macam tak wajar kot...cuba fikir gara-gara laki tu ada kesalahan percubaan untuk menyamun...tak pasal-pasal kene rogol..itu bak kata orang memang nasib la....ni link yg aku maksudkan...



korang pun akan fikir yang macam ee yerkkk...dari tajuk die je pun da macam tu,belum lagi baca,isi die memang tak de hal la sangat...ok,sekarang ni,aku nak cerita pasal kawan aku ni kena rogol dengan sekumpulan perempuan and this happen in malaysia..for me i don't want to believe it because a islamic country have a muslim like this...did you feel sad..and the worst thing is my frenz di rogol dengan wanita yang berusia...title makcik patut di beri taw...agak-agak la,kalau nak wat macam tu...umo kau ni,kire timing untuk beribadat lebih je...takkan la gersang gila tengok kawan aku..kesian kawan aku...aku bukan nak cakap kawan aku ni lurus bin bendul ke ape...tapi die jenis yang slow bab seks la...senang cite macam tu la...kesian tahu tak...die mengadu kat aku..aku ni dah la,tak tahu nak cakap pe...

aku jugak terfikir dieorang ni ada suami ke tak????
tahu dosa or pahala ke tak???
tak fikir jadi isteri derhaka??
ketagih sangat ke dengan barang lelaki???

kat sini,aku bukan nak jadi alim..sebab aku bukannya muslimah sangat pun,rock jugak...pakaian biasa jugak...cakap pun perkara biasa,..otak pun kadang-kadang shot gak...menggedik jugak..tapi aku tak mencarut..buat dosa jugak...ini sekadar peringatan sahaja sebab aku rasa ini adalah satu isu...
perempuan yang dijadikan sebagai insan yang lemah lembut...


jadi perempuan yang tak de harga diri...
tak de maruah...
n soryy to say tak de agama or tak de otak...

bukan nak menghina..or memalukan umat aku sendiri..tak kisah la,perempuan islam atau tidak...tetapi ia tetap perempuan..fikir la,jangan kerana kemaruk benda tu..jantan jadi mangsa...memang la,lelaki rogol perempuan...aku tak nafikan ada jugak silap mereka...

tapi di sini,i just wanna be open person,ok...
kalau benda yang akan aku cakap lepas ni bikin sape2 sakit hati ke sebab mybe la agak sensetif

first,kes yng rogol2 perempuan ni berlaku pun sebab salah perempuan gak...
pakaian seksi dedah sana sini,mana tak naik nafsu laki 2...lelaki ni akan rasa ghairah tengok something yang berdebarkan....nafsu dah naik satu hal...memang la fesyen...tapi agak-agak la...len la teringin diri tu nak di rogol...tu sebabnya islam suruh tutup aurat,sebab nak jaga kehormatan korang...harga diri korang,kalau korang langgar memang silap korang la...aku bukan nak cakap pasal yang tak pakai tudung tu suruh tutup sekali,..aku just cakap untuk sape yang pakai yang over doss tu suruh tutup sikit untuk elak macam ni..tak salh kalau berubah secara perlahan untuk korang jugak..benda ni,bukan untuk jangka masa pendek..tapi panjang..di samping tu,ko tak jadi punca untuk bapak ko tambah dosa,adik ko,dan suami ko sendiri...lagipun,aku pun tak proper lagi...
tapi pakaian yang mencolok mata tu...bergelora jiwa lelaki bebb..

second,dah la seksi...menggedik lagi...kalau gedik biasa tak pe lagi...ni ade yang macam nak ajak pegi masok bilik je...agak2 la...

third,memang la ada salah lelaki dalam hal ni,sebab tak tahan nafsu..tengok benda blue...buat sendiri tak tahan...satu je aku nak cakap pasal satu perkara ni kat kaum adam or lelaki...

lu buat langsi sama perempuan...tengok la nanti,adik lu ka...isteri lu ka..anak lu ka,,...
akan jadi akikah nafsu sama macam ko buat pada perempuan sebelumnya..
ingat la...aku tak nak salahkan sape2...macam aku cakap kat atas aku nak jadi open untuk hal ni...
sebab aku pun ada sensetiviti untuk tegur...aku manusia yang ada hati..yang ade kemanusiann dan itu lah sebab aku cakap macam ni..
anggap sebagai peringatan..


assalamualaikum...

PaKaI SeLenDaNG

assalamualaikum...
hari ni aku tak tahu napa...ape pnyakit aku kan sampai nak pkai selendang...pkai da la messy...
macam org tak penah pkai tdung lgsg...
ish2,tapi aku suke(dah2,mnggedik lak)
ni ade la poss mase aku keje...
keje ape rk???ala tolong akak 2 je...tak de sape nak ganti sift die...
so,aku sebagai bekas pekrja ade la rse nak tolong,hahahahah...
disebabkan terlampau bosan aku pun tangkap pic ni...


















saja wat kabor,hahahah...
ade glombang aura...












hehehe,tercampor pic yg kat umah sekali la pulak,hahahha...
klau crmin bulat2 tu...crmin dari kedai aku,hahahah
sampai ke temu

02 October 2011

JoM TaMBAH TRaFik BL0G

assalamualaikum...
di dini ade program terbaru by my family in blog...
his name is salwa ismail...
tuan blog ni kate yang bila kita wat entry ni...
kiita boleh tambahkan pengunjung...
i don't know is it true or not...


untuk menyertai???
ia tidak terhad kepada umur...asal dia hidup...
ada blog...wujud sebagai manusia yang manusia la...
selamat menyertai...
Tarikh tutup :  5/10/2011 - 2.30petang  (rabu)

1. Buat satu entry bertajuk : Jom tambah trafik blog!
2. Letak banner kat atas ni (boleh right-click untuk save)
3. Hantar url di ruangan komen

p/s: Peserta yang menyumbang traffic paling tinggi ke entry ni, akan dapat hadiah saguhati.


01 October 2011

StaTuS aKu???

assalamualaikum...
ape khabar???hhmmmm,hari ni mood aku agak terganggu sikit sebab bosan...
yela, aku kan penganggur sementara dalam rumah sementara nak tunggu ape yg patot..
mesti ada orang akan kata,ala,keje je la..
tapi jawapan yang aku bagi adalah mak aku tak bagi..sebab aku puya faktor kesihatan...
kalau nak di ikutkan faktor kesihatan sangat pun tak boleh gak dari badan melidi...
terus besar macam tong sampah...walaupun hanya 2 bulan...
aku sebenarnya,terfikir something...

dan.....


something tu la yang mengheretkan DIRI aku ke dalam satu fikiran yang aku dah lama tak nak fikir....
ape benda erk???
benda tu simple je...aku tiba-tiba persoalkan STATUS aku???



ada apa dengan  STATUS  aku???


benda yang aku tak patut aku fikir untuk masa ini...
aku terfikir pun sebab aku bosan...
tapi bagi aku...bukan benda ni aku patut fikir sebab faktor aku dalam SITUASI yang tak sepatutnya..
maksud aku situasi untuk tidak bercinta lagi...


tak di nafikan, budak bilik aku dan jiran tertangga aku masa aku kat kolej UITM dulu cakap yang aku sebenanya sunyi...
aku perlu seseorang dalam hati aku...
dieorang kata sampai bila ko nak pahatkan cinta kau yang tak mungkin ada noktah...

 TIADA NOKTAH????


 betul ke??tak ada noktah???
ia akan ada noktah dan noktah akan wujud bila aku dah sedia untuk padam kan dia dalam hati aku...
cuma masa..masa tu je yang tak ada..aku tak nak bercinta dengan orang yang ada posibility untuk robek hati aku..macam dulu...aku tak nak terluka macam afiq buat pada aku dulu...
kalau ikutkan peratus sebab aku tak nak bercinta adalah:

 75% FOBIA
10%TAK SANGGUP...
15% LAIN-LAIN

 lain-lain tu macam aku nak study dulu...lagi pun,aku jenis yang pentingkan kawan bukan cinta...
cinta boleh cari tapi aku tak nak cari lagi...
tipu la,kalau aku cakap aku tak pandang mana-mana lelaki pun...walaupun sikit..
tapi bila aku pandang aku jadi tak sanggup untuk tenung sebab aku takut...
aku tak secantik mana...aku tak nak cari cinta biar cinta datang pada aku...

itu yang aku nak sebenarnya,bukan apa...aku memang happy dengan kawan aku...
baik laki atau perempuan...semua baik,aku tak pernah berat sebelah cuma...
cuma...
bila ada satu kenyataan dari budak kelas aku kata yang ko ni dengan lelaki sombong giler...
tak nak pandang langsung...dan aku hanya boleh cakap hanya satu ayat je...
MAAF, SAYA TAK BIASA...


dan lepas dari kes tu,aku cuba gak mesra..tapi cuma mesra biasa...
gelak biasa..cuma aku tak boleh lebih sangat...takut,perasaan aku ni...
kang jatuh hati pada pakwe orang kang,bahaya...
tak macam perempuan..dengan perempuan aku lain..
itu adalah satu hal yang aku takut bila aku pindah ke satu tempat...
sikap sombong pada lelaki yang tak wajar..tak wajar sebab aku tak tegur mana-mana lelaki pun...

wahai status aku akan tukar kan kau satu hari nanti...
ia perlu masa...masa untuk buka kan hati untuk orang lain selain dari MOSHI..

29 September 2011

cuTTTiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum....
dan selamat sejahtera pada sume2 orang yang ada kar sini...
pada tarikh 24.09 start la cuti sem dan tamat la aku punte sesi pra diploma kat UITM Alor Gajah, Melaka..
paper last kiteorang adalah MAT037...
accuatly,kiteorang punye paper 2 je...2 yang balik awal...
hahahhahahaha
tak senonoh...so dengan senang lenang nya aku cuti 2 bulan la...
aku cuti dari 24.09 smpai 16.11...
lama tak???
hahahahhahahhahahah...
walau apa pun aku tak tahu la aku akan ditempatkan kat mana...
sebab kiteorang ade wat pemohonan...
tapi untuk pra diploma ke diploma...dalam kate lain dalam proses penerapan...
dalam prmohonan aku pilih 3 je...
ye la,sebab 3 je pilihan yang ade...
lgpun,aku bukan tamak bin haloba sangat pun,hahhahahha
aku suka gelak hari ni,hahahhaha
pilihan pertama aku adalah pengurusan bank...
komen:
my uncle says that job so intresting...it worth it for you if you can get it...
dlm hati aku lak...ok2...alhamdulillah...
pilihan kedua lak pengurusan hotel....
yang ni no komen la...tapi ada komen bagi aku...
aku da sebab nape aku pilih...
first aku minat...
second, aku suka jumpa orang...
aku suka wat keje mcm custemor service...
third,aku mampu aku boleh....
hahahahhahaha....
pilihan ketiga aku adalah pengurusan dlm pengangkutan...
ape 2???like mcm shipping...logistik la...
lebih kurg la...
komen:
my uncle says that it's good for you 2..but u must go overseas every year...
and my reaction...ooooowwwhhhh...astagfirullahhh...
like i want...i hope i cant get it...
nampak macam tamak la pulak...
hahahhaha
tak elok tamak..
tamak itu amalan syaitan...ishhh22....
tak mahu la....
sekarang ni....aku tak tahu status aku...ni pun baru sihat dari sakit...nak keje mak aku tak bagi...die tahu anak die tak mampu keje...tapi aku nak ajar budak2 mathh ok x???
cikgu adik aku pun ade offer tapi aku tak bagi jawapan lagi...
bagi aku masa la dulu...
sebenarnya aku berdebar nak tunggu result untuk dip...
tgk point pun mcm tak boleh nak agak la...
tapi apa pun ALLAH bagi ape yang terbaik...
AAMMMIIIINNNN....

08 September 2011

aku dan sesuatu

1. Jika kekasih anda mengkhianati anda, apa reaksi anda akan - Gaduh jap pastu aku akan tinggalkan dia..    2. Jika anda boleh mempunyai mimpi menjadi kenyataan, apa yang akan - Jadi kaya raya, kahwin, dan tunai Haji, Insyallah3. Yang punggung akan anda hendak menendang - Azwan Ali, Amboi Amboi Amboi4. Apa yang akan anda lakukan dengan satu bilion dolar - Beli Manchester United, hohoho5. Adakah anda akan jatuh cinta dengan bestfriend anda - Mungkin?6. Yang lebih diberkati, mencintai seseorang atau dicintai oleh orang - Mencintai seseorang lebih mudah dari dicintai seseorang7. Berapa lama anda bercadang untuk menunggu seseorang yang anda benar-benar suka -? Jika dia betul cintakan aku, aku sebenar menunggunya hingga akhir ayat (ayat mesti power)8. Jika orang yang anda diam-diam seperti yang telah dilampirkan, apa yang anda akan lakukan? Biarkan si dia dengan labu labunya9. Apa anda berdoa setiap hari untuk orang yang tersayang anda? Aku doakan semoga mereka sihat-murah rezeki-dan bahagia selalu.10. Apa yang membawa anda ke bawah terpantas - Apabila sesuatu dihajati tidak kesampaian11. Bagaimana anda akan melihat diri anda dalam masa sepuluh tahun - Sudah berkeluarga, uuuu dan hidup Sederhana12. Apa yang sebenarnya anda mahu pada ketika menjawab soalan-soalan tag ini? Aku cuma mahu update blog, itu sahaja13. Apakah jenis orang yang anda fikir orang yang tagged anda? Ted? Seorang blogger yang online 24 jam14. Ingin kamu tunggal dan kaya atau yang sudah berkahwin tetapi miskin -? Apadaa mestilah single dan kaya15. Apakah perkara pertama yang anda lakukan apabila anda bangun -? Tentulah Buka MATA hehehe, basuh Muka la bai ..16. Apa watak mesti mempunyai pasangan anda - Cun, comel, Manja, Bijak dan Pandai masak?17. Jika anda jatuh cinta dengan dua orang pada masa yang sama, yang anda akan memilih? Dia mesti lulus peperiksaan Fasa kesukaan Mak aku, siapa lulus aku pilih dia, Aci tak?18. Adakah anda memaafkan dan melupakan kesalahan tidak kira bagaimana dahsyat sesuatu yang seseorang itu telah dilakukan?- Aku mudah memaafkan Jika orang itu minta Maaf, apa? Lupakan?, tak semudah itu19. Adakah anda lebih suka tunggal atau mempunyai hubungan - Dah tua Bangka ni, gatal pulak nak ada hubungan, mahu kawen dengan saya?20. Adakah anda meninggalkan keluarga anda di belakang semata-mata untuk mengejar impian anda? Sudah pasti, pengorbanan perlu Jika mahukan Kejayaan

27 August 2011

AdaKah Ini yANg KiTa RasA sEbENarNYa


assalamualaikum..
hari ni aku terbaca satu blog ni,so, aku tergerak untuk share..
aku rasa dari sini kita boleh nilai ape yang ada dalam hati kita..
sory,sebab copy tapi ini cukup membantu..
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
SUMBER : http://alongwairnazz.wordpress.com/

26 August 2011

soRaKaN

assalamualaikum..
how are you everybody,is it good???
hari ni, aku nak tunjukkan cheer yang kiteorg wat kat malam kebudayaan...
masa tu aku masih lagi duduk kolej tun fatimah tapi sekarang da pindah...
sedih3...T_T
waktu dulu aku ada bagi lirik die,sekarang ni video da di upload oleh senior aku...
so tugas aku lak untuk berkongsi cheer kiteorang..
tapi aku tak de dalam tu sebab aku ni...
pemalu orangnya...(pemalu ke???)
video tu ade 4 cheer baru..
tapi ade part yang agak memalukan la..
kalau nak tahu cuba la tengok...



akhirnya,siap gak upload...
selamat menonton..

21 August 2011

ApE????

assalamualaikum...
apa khabar???dah lama tak tulis pape kat blog ni...
di kesempatan ni aku cuma rasa nak luahkan something ni...perkara yang common bagi blog ni...
iaitu akmal faiz...ari tu,aku tengok die...tangan die patah...memang la sayu hati aku..tapi entah la rasa rindu tu datang balik bersama dengan perasaan cinta aku...
aku memang bodoh sebab suka pada orang yang tak patut aku suka..
mungkin padah aku tak jaga mata dan hati aku..tak lupa jugak..perasaan cinta aku..

bila tengok je, die patah tangan memang rasa risau,..risau dengan ape punca tangan die patah...
memang betul,cinta memang buta, sebuta hati yang gelap lagi kelam..

atas nama cinta...
adakah aku cinta??
adakah aku sayang??
atau sekadat permainan perasaan jiwa??
aaarrrgghhhh,aku masih belajar kot...akmal faiz cukup memberi kesan kepada jiwa aku..
tak ku nafikan,dia memang ade rupa seperti jejaka idaman..mungkin la...

ha!!!!!aku terlupa satu perkara...perkara yang menggugat jiwa aku...
aku jumpa muka yang serupa dengan die...
dari A sampai Z...tak berubah,cuma senyuman die tak macam akmal faiz,cuma seakan je kot...
memang rasa rindu  tapi aku tahu sampai bila kot...
aku jadi takut bila jumpa mamat yang macam moshi...
amat takut dengan perasaan aku...

Dah la kot,dengan pae yang aku cakap ni..
banyak da yang aku melalut taw..
raya tahun ni???aku rasa macam tak de erti..
rasa kosong..bukan sebab cinta or die???
tapi aku tahu aku perlu kawan yang betul2 memhami yang boleh mengisi jiwa aku..
yang boleh buat aku lupa pasal akmal faiz..
boleh buat aku hilangkan perasaan ini..
tahun ni,tema baju group adalah wane pink + gold..
so,wat masa sekarang ni aku masih tak jumpa lagi..
harap raya tahun ni,bagi sinar walaupun hati perlu die...
wassalam

07 July 2011

RuNSiNG!!!

assalamualaikum....
ape khabar???sihat???perasaan sihat tak???m0shi ari ni k.0 la...
ade benda yang menganggu..cukup menganggu sampai rasa tak senang duduk...duduk depan panas..tepi panas..pendek kata sume panas la..ade je yang tak kene,rasa tak sedap resah,bingung,sampai macam nak marah all the time je..korang nak tahu tak kenapa yang sebenarnya aku jadi macam ni..
sebabnya bekas pakwe a.k.a boyfriend aku da come back..it's ok if he don't intrupted my heart but he do make me in 1 situation that i dont want to face up anymore..sebenarnya die datang kat aku sebab nak rujuk aku balik..giler la,hati aku cuma ade moshi a.k.a akmal faiz je kot..aku tak mampu nak bagi ati aku pada orang lain lagi..bekas pakwe aku ni die mintak maaf sebab lalai kan aku..biarkan aku sume tu...sebanarnya sume tu cuma perkara biasa sebab masa tu die dan aku masih belajar and time tu waktu SPM..so,nak wat mcm ne lg...xkan nak mntak perhatian..aku pun sibuk jugak kot..dengan SPM and program lagi,ingat aku kisah sangat ke??mybe waktu tu pn aku just mesej die hanya memenuhi syarat cple je..2 je,or mybe aku lebih dari tu pun aku da tak ingat sebab die tak bagi satu perasaan pun...

TIBA-TIBA,tup3 je die datang dan kata kat aku,awak saya nak rujuk balik dengan awak..
lagipun,kita tak declare utuk putus lagi..dalam hati aku pelik,jap3...erm aku bukan ke pernah antar mesej kat die yang aku dah tak nak kat die..mybe bahasa aku macam perempuan yg dot2..tapi itu pn sebab masa tu haluan tu je yang aku dengan die ade..tak lebih dari i2 je..masa dia cakap tu,aku de kat rumah dan aku memang la ngantuk time tuhh...die lak boleh lagi cakap macam tu,angin tahu..ish2..aku rasa macam,eee...apa mamat ni nak ha...

dah clash da la kan..memang otak aku dah sakit taw dengar die merayu,time 2 modal aku cuma hati aku dah tertutup..aku dah tak nak terima sape2,lagipun,memang betul aku dah tak nak sape-sape lagi da,cukup la,aku dah tak nak menangis lagi..penat tahu,cukup la masa moshi2 aku bawak diri dan afiq aku rasa terkilan sampai sekarang..aku dah tak nak rasa pape lagi kot..untuk ape kalau menyakitkan hati kan???aku cuma nak kawan je dengan semua orang...malas nak main hati orang dan diri sendiri,tapi itu masa tu la,aku fikir....
tapi tiba2,aku rasa macam aku perlu seseorang pulak da..dalam masa yang sama kawan aku kata yang ala ko gune la die sebagai sampingan..pendek kata wat main2 la...,aku pun macam nak wat ke tak erk???aku pun pikir banyak2 kali...

lama-lama tu,aku pun redha...aku cakap kat die yang aku balik dengan die but as kawan baik je...itu je yang aku mampu...tapi malangnya,ish2..ade satu perkara yang wat aku rasa menyesal..aku rasa macam entah la..no komen..peristiwa tu,memang menghentak aku..samapai aku tanya balik hati aku..betul ke keputusan aku ni???terima bekas pakwe adalah satu perkara yang harus aku fikirkan??lama-lama aku macam redha je la..nak tahu tak nape aku jadi macam ni,aku  sebenarnya terjumpa senior aku yang aku dah lama sangat tak jumpa taw..lama gler la...lepas dari program orentasi tu,aku cuma jumpa skali kira dah sbulan tak jumpa...
yang pelik lepas aku terima je bekas pakwe aku ni terus jadi macam ni..presure giler..aku terfikir yang aku ni nak mainkan bekas pakwe aku ke??aku suka orang lain tapi terima orang lain.tak masuk akal ke aku ni??

30 June 2011

iNDuCTi0N DaY

assalamualaikum...


aloo3..ape khabar moshi come back!!!!who moshi???me la...
aq kan2 sayang giler dengan nama moshi2 taw...antara sebab aku 
half tu sebab tanda aku memang minat mashimaro..
half lagi sebab aku masih ingat lagi pada kcomelan die..
senyuman die, saya masih suka pada awak..masih sayang awak,..
dah2..aku kat sini bukan nak cakap pasal moshi pun,just nak cakap pasal my induction...
induction tun fatimah..

KOLEJ TUN FATIMAH...
25/06/2011

 induction ni best la bagi aku...nampak macam simple...
korang2 nak tahu x kolej kiteorang kan ade cheer kolej kiteorg sndri taw...
aku xkan nk nyanyi bukan boleh nyanyi tapi cukup la bg lirik..
lirik die ialah...

ku daki..daki..daki..
gunung yang tinggi..
ku turun...turun ...turun..
lembah yang curam..
ku selam...selam...selam...
lautan luas...
kami tetap timah...
ooooooo.....
timah....
ooooo.....
timah....


ok x???ni baru je lirik..
belum gaya...tak lama lepas induction ade pulak cheer baru datang...
memang best la...ha!!!!lupa nak cite pasal ape jadi masa induction...
induction tun fatimah bermula dari pukul 5 petang sampai pkul 2 pagi la...
lebih kurang la...lama tak???lama giler kan???
tapi best tu yang wat aku jadi xbpe kisah sgt..
dalam induction ada aktiviti explorace..
bayangkan explorace malam2...aku dah la rabun...
jalan pun agak2 je wehhh,dengan harapan boleh nampak dan tak jatuh.
tapi jatuh gak akhirnya,bukan jatuh tersadung tapi hampir jatu la...
ayat macam nak jatuh je kan,tapi tak...
meh sini!!aku nak cita pasal checkpoint die...
nak tahu tak..checkpoint die sume tempat tumpuan senior...
malu giler dohh...dah la kne nyanyi..bapak ar...
nasib bek nyanyi cheer dari group lain..
nak tahu tak dieorg kne nyanyi lagu inilah cinta..
dan lagu tu kene tujukan khas untuk senior tu taw...
malu taw...
lepas dari explorace tu..tiba2 lak MPP yakni majlis perwakilan pelajar..
datang untuk tengok aktiviti kiteorang..
korang nak tahu,MPP tu bukan sahaja datang dari cwgn mlaka je tapi ade dari 
MPP melaka,
MPP johor bharu,
MPP negeri sembilan,
MPP shah alam..
malah ade ketua MPP UITM yakni ketua segala ketua MPP kat cawangan UITM la...
dieorg tengok cheer yang ku daki2 tu..
memang bangga la...
nak tahu nape??sebab tak semua orang dapat jumpa macam tu taw..
lagi2 ketua MPP...
heheheheheh..

dah la cukup la...banyak sungguhh la...
kalau korang nak tahu..
aku taip selama satu jam aku taip hanya untuk sepanjang ni...
kelakar tak???
heheheh
assalamualaikum..